Monday, December 5, 2011

Bakal menjelma kehidupan 20 tahun ku..

Assalamualaikum.. Hari ni dah masuk hari kelima dalam bulan Disember kan ? Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun 2011. Ini bermakna lagi 27 hari lagi untuk kita tinggalkan tahun yang banyak meningglkan kenangan pahit dan manis bersama dengan yang tersayang. Actually, banyak lagi impian untuk tahun 2011 ni yang belum dicapai lagi, maka dengan itu impian-impian tu terpaksa di forward kan ke tahun depan. Wah, maknanya tahun depan banyak la benda nak dilakukan untuk mencapai matlamat hidup. Ceh, cakap macam apa je kan. Haha. Memandangkan 29 Disember ni umur aku genap 20 tahun, maka totally aku kena ubah cara hidup aku kepada lebih kedewasaan, stop untuk pikir nak main-main. Aku kena lakukan perkara untuk masa depan aku dan juga untuk bekalan di akhirat sana. Jom, kita tengok antara list impian aku untuk tahun hadapan :-
  • Perbanyakkan amalan untuk bekalan diAkhirat sana.
  • Menjadi anak yang solehah kepada ibu abah aku.
  • Menjadi lebih matang.
  • Buat orang keliling aku bahagia.
  • Membalas jasa ibu abah.
  • Kurangkan waktu ber-enjoy.
  • Membina semangat baru.
  • Kurangkan bercakap. 
Sebenarnya banyak lagi, tapi yang ni je yang boleh aku kongsikan. Hehe. Excited bila umur nak cecah 20 ni. Walaupun kawan-kawan aku dah nak masuk 21 pun, abang aku pun nak 21 dah, sedangkan aku baru nak 20. Haha. Sedih je. Tak pe yang penting aku muda lagi dari diorang, Haha. Berharap sangat tahun depan muncul sinar baru untuk aku terus hidup dengan senyuman. No more tears okay ! Amalina kena kuat dan akan terus kuat untuk orang disekeliling aku. Aku akan berusaha untuk terus senyum dan senyum dan membahagiakan my family, my friends dan untuk orang yang sayang aku. Tak kira lah siapa-siapa pun. Yeahhh ! 

*Even hati menangis, bibir ku akan sentiasa mengukir senyuman untuk anda. Love korang semua yang sentiasa support aku dari depan mahu pun dari belakang, jasa korang akan dikenang selamanya. Insyallah.

Saturday, December 3, 2011

Macam bagus je !

Assalamualaikum.. Agak lama jugalah rasanya tak menjengah dan tak menyentuh BLOG ni. Almaklumlah busy sangat. Actually, tak de lah busy sangat pun, tapi tak ada idea untuk diceritakan. Okay lah, hari ini aku nak ceritakan  pasal someone ni lah, aku tak berapa kenal sangatlah dengan dia ni and aku pun tak tau lah latar belakang dia, aku just kenal dia dari kawan kepada kawan aku. Ha, paham tak? Kalau tak paham tu buat-buat je lah paham ye. Hahaha. Aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Okay lah, macam mana ek nak cakap, aku just nak tegur je lah perangai dia ni, bukan perangai dia tak elok ke apa, tapi aku tak suka cara dia yang 'macam bagus' tu. Sebab yang aku cakap dia ni macam bagus sebab, dia try untuk tulis status FB dia dalam bahasa english, tak salah nak tulis status dalam bahasa inggeris, tapi apa yang dia tulis tu salah. Bukan aku nak cakap aku ni bagus sangat english aku, english aku pun teruk kot, and english aku pun tak boleh dibanggakan pun, tapi bila aku tak confirm dengan satu-satu ayat tu aku tak kan sebut or aku tak kan tulis dalam FB, sebab aku takut untuk digelakkan atau dibodohkan oleh orang lain. Bukan aku nak cakap bila kau tak pandai english kau ni BODOH, tak yang aku tak suka sikap kau tu BERLAGAK macam BAGUS. Apa salahnya kalau kau tak confirm dengan certain words tu kau tanya orang lain, sama ada ayat kau tu betul ke, tak pun malu sangat nak tanya orang lain kau pergi lah Google Translate kalau kau nak sangat berbahasa Inggeris kan? Aku suka cara kau sebab sekurang2 nya kau try tuk bercakap dalam bahasa inggeris even yang adooo~ Aku tak kisahlah kalau grammar kau tunggang langgang ke apa, sebab grammar aku pun teruk, tapi agak-agak lah kau boleh pulak kan tukar ayat tu jadi makna yang lain. Aku yang baca pun jadi confused. Tak boleh nak salah kan kau jugak la kan, yelah bahasa inggeris ni banyak perkataan yang sebutannya sama tapi ejaan nya lain kan, tapi tu lah kalau tak tau jangan dengan rasa bangga, riak dan takburnya mengeluarkan bahasa-bahasa inggeris versi kau. Pelik tau tak ayatnya. Aku rasa macam tengah baca artikel or status orang perancis kacukan tamil and afrika selatan. ha, macam tu lah ibaratnya. Tapi tu lah sebelum tulis sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri kaji dulu perkataan tu ye atau nak lebih selamat tak payah tulis status bahasa inggeris, confirm tak de silap. Tapi kalau tulis bahasa melayu pun salah jugak, emm, rasanya baik kau keluar dari Malaysia lah. tak layak rasanya kau nak duduk sini..

*Sorry lah kepada sesiapa yang terasa dengan coretan ku ini, coretan ku ini adalah semata-mata pesanan buat semua juga buat diri ku ini.
*Belajarlah dari kesilapan, bukan bangga dengan kesilapan dan usaha untuk berubah kepada kebaikan.
Assalamualaikum. Selamat Malam. :)

Sunday, November 20, 2011

Jawapan tuk Aza Yusoff !!

1. matlamat hidup korng ?
matlamat utk berjaya n mndapat kebahagiaan di dunia n di akhirat.. insyallah

2. pe yg korng nk jd sbnrnye ? (cita-2) , akan kdi kenyataan ke ?
cita2 ek? dari kecik nak jd tu la ni la, tp 1 cita2 aku yg akan aku kejar iaitu nk jd weeding planner n nak jadi tukang buat wedding dresses.. :)

3. lagu paling-2 korng minat skg ?
Patah Seribu - Shila Amzah

4. npe ek ? tok sbb no.3 .
knp ek? mngkn sbb lirik tu ada kaitan dgn idop aku skrg ni kot.. hehe :p

5. pe perkara yg menyesal skli pnh korng buat ? jujor jelah ~
menyesal ? mungkin menyesal sbb x blaja btol2 time SPM tu.. hehehe :)

6. asl korng buat bnde uh ? sbb tok n0.5
biasa lah, remaja kan? keje nye nak enjoy je kn, xpkir mse dpn.. bila da tua skit ni la bru tau penting nye la SPM tu.. huhu

7. de x seseorng yg pnh wt korng ase bhgia sgt . cm wahh, INDAH nya HIDUP ni ~ :P
ofkos la ad, mak bpk aku sbb die da lhir kn aku.. hahaha

8. korng nk x dpt PAYUNG EMAS? cm best kn. hee
sape yg x nk kn ? tp klo bakal laki aku tu nk kwin lain, aku bg je kot.. payung emas belakang citer..

9. pe perasaan korang jwb soalan ni ?
perasaan ek ??  xde prasaan, jwb je.. hahaha

10. knpe ek ? sbb tok n0.9 
sbb aku mmg jnis xde prasaan (tp yg x leh bla knp ad sbb tok no 9 cm tu ek?, kau tau aku dah rse mcm ngh jwb SPM.. hahahaha)

11. nk soalan lg x ? ngee =)
hahahaha,, udah2 la buat soalan tu.. penat jwb nye..

Saturday, November 19, 2011

UNDANG-UNDANG ; 
- you must post this rule.
- each person must post 11 things about themselves in their journal.
- jawan soklan yang dah di tagged kepada anda. dan buat soklan pada orang yang akan anda tagged.
- pilih 11 orang yang akan jawab soklan yang anda buat.
- g kat page dorang , bgtau yang dorang dah di tagged utk soklan korang.
- takde nak tagged balikkk okeee.
- No " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS". You legitimately have to tagged 11 people.

11 THINGS ABOUT ME.

- suka dengan budak2 :)
- lolipop itu kegemaran saya !! :)
- saya anak ke 2 dari 4 orang.. hehe :)
- still single.. hehe :p
- tak boleh tengok keadaan senyap, mesti ada orang yang akan kena sakat.. :p
- love my famiy so much !!
- seseorang yang tak de perasaan and keras hati, tapi kadang2 senang jadi sensitif..
- benci dengan orang yang sangat hipokrit !!
- tak suka dengan orang yang tak setia !! hate it !!
- i love shopping !! even tak de duit pon,, shopping tetap jadi perkara utama !! yeahh
- aku ada kawan yang sangat mengambil berat pasal aku !! :)

soklan yang perlu SAYA jawab, :)

1. ape korang buat , kalau ade someone yang korang kenal and tak penah amik tau tetibe sebok hal korang?
perasaan rasa macam nak sepak2 je orang tu !!


2. perlu ke kawan korang lupakan korang bila dah ade balak, selisih bahu pun buat bodoh jeeee!
sangat tak patut, tu namanya tak kenang budi !! diorang tak tau, kawan lagi penting dari balak sebenarnye..


3. perkara yang korang akan buat bila takde fone, lappy, and alat communication yang lain.
mungkin aku akan duduk tnjung rambutan sampai la ada pengganti semua tu.. hidup aku tak akan lengkap tanpa semua tu..


4. ciri-ciri lelaki yang layak jadi imam untuk kau bila dah kawen nati.
urmm,, ofkos la 1st, tau hal2 yang berkaitan islam, yela kalau dia tak tau pasal hal agama macam mana nak bawak aku kejalan yang benar kan..


5. korang sanggup tak berubah dari negatif kepada positif kalau hati korang dah terpikat dengan orang-2 surau ni?
sudah tentu !! tapi kenalah berubah demi Allah bukan 100% berubah kerana lelaki tu..


6. heee, agak-2 korang nak honeymoon kat mne lepas kawen nati? hahaha.
wah,, dah cakap pasal honeymoon plak.. huhu,, aku nak honeymoon kat mekah, insyallah, aku nak buat haji then bru la ke korea !! hahaha


7. penah tengok cerita ALAMAK TOYOL? best takk, cerita sikitt :)
mak aiii,, tengok pon tak, lagi la nak cite kat kau.. haha


8. kalau korang suka someone, korang akan terus terang ke dekat die?? so korang buat apeee?? hmm
urmm, nope. aku tak kan terus terang kat dia, tapi sebaliknya aku akan pendam and berdoa yang dia akan jadi suami aku.. hee :) (tapi setakat ni belom ada lagi lah)


9. kenapa eakk korang buat blog korang? utk ape sebenarnya???
blog ni just tuk kepuasan diri sendiri je, lebih mcm diary aku la, tuk cite suka duka hidup aku..


10. betol ke meggi boleh buat seseorang tuu BODOH ?
tengok la juga, kalau orang tu dah memang dah bodoh, kalau makan meggi mmg la bodoh.. urmm, tak tau lah, tanya la pakar sains !!


11. sukaa tak orang yang korang tak suka gelarkan korang BABI?? =.=
mesti la tak suka.. Babi itu adalah binatang, seorang manusia tiada hak untuk menggelarkan ciptaan Allah sama dengan binatang. Manusia adalah sebaik2 makhluk yang ada di muka bumi ni.

soklan yang perlu KORANG jawab (yang di tagged sahaja)


1. siapa nama buah hati korang/orang yang korang minat ? (jujur ok) ;P
2. pelakon lelaki mana yang korang rasa adalah ciri2 lelaki idaman korang ?
3. apa perasaan korang bila orang yang korang sayang keluar dengan orang yang paling korang benci ?
4. senarai kan 2/3 orang rakan korang dan letakkan sekali perangai dia dalam 3 perkataan..
5. movie apa yang korang rasa yang telah ubah perangai korang ? (tak kira lah dari baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik)
6. tempat percutian yang manakah yang korang rasa korang nak pergi sangat ? (in Malaysia only)
7. target umur korang tuk mendirikan rumah tangga ?
8. apa korang nak buat, kalau orang yang korang benci sangat tetibe dia luahkan perasaan yang dia suka kat korang ?
9. korang prefer duduk kat bandar atau kampung ? kenapa ?
10. siapa korang punya 1st love ? (jujur ok)
11. contoh korang ada 1 hari je untuk hidup, senaraikan 10 orang yang korang nak jumpa tuk cakap yang korang sayang kat diorang..


tagged ; 
AFZAN SAMSURI
AZA YUSOFF
DAYANA ZAKARIA
AZIERA ZAMSHI
NURHANIS HAMRAN
FADZILLAH AHMAD
NURUL ARINA FATIN MUSA
BUBU ALYN

Wednesday, November 16, 2011

Versi Merepek ! :)

Assalamualaikum sahabat sekalian. Lama sekali rasanya sudah tak meng-update Blog ni. Hehe. Kadang-kadang rindu nak menulis tapi kemalasannya lebih besar dari kerajinannya. So, banyak kali terbantut untuk meng-update blog ni. Aku rasa dalam beberapa minggu ni hidup aku suram sangat, semua benda nak hilang dan lari dari aku. Macam-macam perkara yang mengganggu fikiran aku ni, kalah PM yang selalu duk fikir masalah negara tu. Haha. How ek? Aku nak cerita kat sini pun, aku rasa benda ni mengenai personal life aku, so aku memang tak boleh nak kongsi dengan orang lain. Actually, benda ni bukannya nak rahsia sangat pe pun and benda ni pun bukannya satu kesalahan ke apa pun, just bagi aku ada benda yang aku boleh cerita kat orang dan ada benda  yang aku rasa aku perlu simpan, kecuali orang terdekat aku je aku akan cerita kat diorang. Ya, mungkin kalau aku cerita kat korang pasal benda ni pun, mungkin korang akan gelak kan aku je, yela benda yang biasa dilalui setiap insan kat atas bumi, tapi aku nak berahsia sangat kan. Haha. Peduli apa aku, even blog ni macam Diary, tapi bagi aku, blog ni boleh dibaca oleh sesiapa pun, even orang yang kat kutub selatan, kutub utara tu pun boleh baca, kalau diorang tau Bahasa Melayu lah kan. Haha. And itu pun kalau diorang terjumpa blog aku ni lah kan. Mungkin bagi korang, korang tak kisah berkongsi masalah, berkongsi rahsia dengan orang lain, kalau boleh cerita dalam kain pun korang nak cerita, tapi bagi aku tak, even dengan family aku pun banyak benda aku tak cerita kat diorang, just certain cerita yang bagi aku boleh dikongsi, aku akan kongsi dengan mereka, tapi selagi aku boleh pendam masalah aku, aku akan pendam. Especially, pasal hati dan perasaan, yela about LOVE. Haha. Aku paling susah nak cerita benda ni dekat parents aku, sebab aku pun tak tau sebenarnya erti Love yang sebenarnya. Haha. And aku pun belum ada cinta yang benar-benar melekat kat hati, atau dengan kata lain aku belum pernah rasa 'falling in love' kat siapa-siapa pun. Tapi ramai orang cakap kat aku sebenarnya aku yang jual mahal, and aku tak nak mencari Cinta tu. Macam mana ek nak cari benda tu? Bagi aku nak dapat kan sebenar-benar cinta adalah daripada Allah. Yang lain tu tak tau pulak aku macam mana nak cari. Tapi aku ada satu perinsip, bila jodoh kita dah sampai, Insyallah Allah akan buka juga pintu hati kita untuk terima sesiapa juga Jodoh kita, time tu dah tak de  dah kes jual mahal. Haha. (sambung balik cerita tadi, jauh menyasar ni. hihi) Mungkin orang nampak mulut aku banyak pot pet sana pot pet sini, tapi aku bukan jenis bercerita perihal aku, aku lebih suka pot pet pasal membebel. Haha. Dengan kata lain kebanyakkan benda yang buat aku bercakap adalah bila nak bagi nasihat kat orang lain, start lah mulut aku ni membebel tak berhenti-henti. Actually, bukan lah bagi nasihat yang macam Fadzilah Kamsah bagi tu, tapi membebel tak tentu arah. Haha. That's my hobby. Orang yang tak kenal aku mungkin akan naik menyampah dengan aku, tapi orang yang dah kenal aku diorang rela tadah telinga dia untuk dibebelkan. Haha. Sangat sweet kan diorang ni. Okay aku sambung balik part cerita cinta tu ek. Macam mana aku nak bercinta sedangkan aku takut untuk bercinta, tapi jangan pulak korang pikir yang aku ni lesbian ke apa ke. Aku masih waras lagi, aku masih kenal lagi yang mana perempuan yang mana lelaki. Urmmm, aku bukan nak cakap apa lah kan, keliling aku penuh dengan pasangan yang bercinta, kawan-kawan aku, adik beradik aku, kawan-kawan FB and semualah, yang buat aku takut keliling aku ni juga lah yang dah banyak clash, yang putus tunang lain, yang bercerai lain, kadang-kadang depan mata aku sendiri melihat rakan-rakan aku curang dengan pasangan mereka. So, bila aku rasa nak ber-couple je jadi terbantut, sebab kepala aku duk pikir bakal boyfriend aku ni pun boleh buat apa yang diorang-diorang tu buat. And tu la penyebab sampai sekarang still single, gara-gara banyak sangat negative thinking kat kepala otak aku ni. Haha. Setakat ni aku rasa aku belum perlukan lagi kekasih or whatever semua tu lagi, aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Mungkin satu hari nanti bila jodoh aku dah tiba, akan terbuka juga pintu hati ni. Insyallah.

*okay lah aku pun dah banyak sangat mengarut ni, dah nak masuk line melalut pulak ni, sebelum perkara yang tak diingini terjadi baik lah aku mengundurkan diri dari medan blogger ni.. Hehe. Peace yoo~
                                                                  Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, November 2, 2011

Hari Paling Beremosi !

Assalamualaikum, hari ini adalah hari paling beremosi bagi aku. Macam-macam jadi, dan macam-macam perkara yang sedang belegar-belegar di benak ku. First, setiap hari aku akan ingat pasal benda ni, risau aku, bila fikir pasal benda ni sampai migrane aku dibuatnya, yelah 4hb Nov ni result exam keluar, semua student UITM memang bedebar-debar menanti keputusan masing-masing. Haish, orang yang paling risau adalah aku, Ya Allah kadang-kadang sampai nak tidur tu boleh terpikir-pikir, tengok TV pon boleh terbayang-bayang pasal result. Haishhh,, kadang-kadang tu duduk sorang-sorang boleh terjerit sorang-sorang sebab tension punya pasal. urmm, entahlah, setiap kali tiba waktu result nak keluar je, perasaan takut tu memang tak payah nak cakap macam mana lah, nervous dia lain macam. Apa yang aku boleh buat sekarang ni redha je la. :( Lagi satu yang buat aku beremosi pasal adik beradik ayah aku. Haishh, kalau nak cerita pun nanti orang kata buka pekung kat dada sendiri pula, habis tu nak buat macam mana, dah lama aku pendam benda ni, selama ni bila family aku diam, diorang pijak-pijak kepala kitorang, bila kitorang luahkan perasaan dekat FB diorang dok kata aku ni menyindir diorang, tapi apa yang aku cakap tu kenyataan kan? Yang aku pelik, dah tau terasa tu, bukannya nak betul kan pe yang tak betul, tapi masih nak menegak diri masing-masing tu betul. Fikirlah, semua dah berumur tak kan lah bergaduh and merajuk dengan adik beradik nak terasa sampai terabai keperluan MAK BAPAK. Walau macam mana pun korang marah kat adik beradik korang pikirlah juga Mak Wan dengan Bak, diorang dah besar kan korang sampai tahap korang dah berjaya sampai sekarang, senang-senang pula korang nak singkir kan diorang macam tu, korang semua tau kan apa yang kita buat dekat mak bapak kita sekarang ni, satu hari nanti mungkin anak korang pula buat korang macam tu, korang nak ke?? Sudah-sudah lah. Fikirlah pasal orang tua, jangan nak pentingkan diri sendiri je. Kalau ditakdirkan satu hari nanti tak ada umur Mak Wan dengan Bak, jangan korang nak menyesal pe yang dah korang buat kat diorang sekarang, jangan nak menangis-menangis. Time tu korang nak keluarkan air mata darah pun dah tak berguna, fikirlah. Aku cakap bukan nak tunjuk yang konon nye aku ni baik sangat, just nak mengingatkan diri sendiri juga, aku tak ada niat nak sindir-sindir siapa-siapa pun, pun tak ada niat nak buka pekung, tapi aku dah tak tahan nak pendam semua ni, bila aku bersuara, korang akan cakap aku kurang ajar dengan makcik pakcik sendiri, tapi ni lah hakikatnya. Semua nak buat kepala sendiri, bayangkanlah kalau semua nak buat kepala sendiri? Apa jadi dekat Mak Wan dengan Bak? Allah.... Nak kira terasa dengan adik beradik lain, abah dengan ibu banyak makan hati dengan korang semua, cuma diorang tak cakap je, diorang diam je. Tapi, bila fikir pasal orang tua diorang sanggup ketepikan semua tu, bukan aku nak banggan kan ibu dengan abah, tapi aku tengok sendiri keperitan ibu abah dengan sindiran-sindiran korang, dengan kata-kata korang, dengan kutukan-kutukan korang, ada diorang balas??? sikit pun tak. Tapi, fikirlah bila kita berkorban untuk orang tua kita sendiri, tak ada ruginya, malah Insyallah semakin banyak kebaikan yang akan kita dapat, Insyallah SYURGA menanti mu di akhirat sana. Aku tak minta banyak, cuma bertanya khabar orang tua tu dah cukup sangat, bagi diorang rasa diorang dihargai, dengan penat lelah diorang selama ni membesarkan 10 orang anak yang semuanya berjaya. Diorang tak minta banyak pun, diorang cuma minta kasih sayang dari anak-anak pun sudah memadai. "Hargailah IBU BAPA anda selagi mereka masih bernyawa, dan jangan menyesalinya apabila mereka sudah tiada." - semoga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Wednesday, October 12, 2011

Ber-couple?

Assalamualaikum. Okay hari ni aku rasa macam nak bercerita sikit la pasal couple-couple ni. Tapi, apa yang akan aku tulis ni semua berdasarkan persepsi aku sendiri lah. Em, ramai orang cakap yang bila kita ber-couple ni, bermaksud kita memang nak kahwin dengan pasangan kita tu, maksudnya kita sudah ready lah nak berkahwin. Eh, yeke? Bagi aku tak, ber-couple tu bukan maksud kita ready untuk berkahwin, kalau kita dah bertunang barulah tu namanya kita ready nak berkahwin. Bagi aku ber-couple sebenarnya adalah time untuk kita berkenalan antara satu sama lain, untuk kenal hati budi masing-masing, untuk faham perangai masing-masing, bukan bermaksud bila kita dah couple dengan someone ni, kita dah ada tanggungjawab macam suami or isteri untuk pasangan korang tu. maksudnya korang mengongkong hidup diorng, apa yang diorang buat, kena lapor kan dekat korang satu persatu, kalah mak bapak diorang, kadang-kadang mak diorang pun tak kisah apa yang diorang nak buat, korang yang lebih-lebih, lepas tu korang siap pesan nak kawan dengan orang, ada jenis-jenis orang yang tertentu je yang diorang boleh kawan, wei, orang yang dah bersuami/beristeri pun tak de kongkong pasangan diorang macam tu lah, korang baru ber-couple tau, bukan bila dah couple, status korang macam suami isteri okay. Lain lah kalau korang dah bertunang, memang korang dah ready nak jadi suami isteri, kalau korang nak kongkong dia pun lantak korang lah, tapi tak bermaksud bila korang dah bertunang dengan dia, korang boleh sesuka hati je nak kongkong diorang, diorang pun masih lagi hak mak bapak diorang okay, korang tak de hak nak buat sesuka hati korang. Bila korang dah set kat kepala otak korang yang si dia tu HAK korang time korang ber-couple, tu yang payah bila satu saat nanti korang putus. Korang kena faham tak semestinya bila dia jadi couple kita diorang akan jadi suami/isteri kita. Tak semestinya diorang tu jodoh korang. Mungkin diorang bukan jodoh korang, korang kena set dalam otak korang tu yang ber-couple tak semestinya berkahwin satu hari nanti. Jika, korang dah set dalam kepala yang waktu ber-couple tu hanyalah waktu berkenalan sahaja, so bila korang putus, korang tak ada lah rasa sedih yang teramat sangat, korang boleh terima semua tu dengan hati yang terbuka dan redha. Kecualilah kalau jodoh korang panjang korang ber-couple sampailah ke jinjang pelamin. Kalau tak ? korang kena lah ready dengan apa sahaja yang akan menimpa, so jangan terlalu mengharap sangat terhadap pasangan korang tu. Setiap benda yang datang kat kita, satu hari nanti akan pegi juga. :)

Sunday, October 9, 2011

Aku Sangat Beruntung !!

Assalamualaikum. urmm, hari ni aku nak story sikit la pasal orang yang berada disekitar aku yang sayang sangat dekat aku. Aku rasa bersyukur sangat aku dilahirkan sebagai NURAMALINA. Sebab apa? Sebab dekat dunia ni ramai sangat yang sayang dekat aku. Aku ada abah(Hamran Mohammadiah) and ibu(Siti Hajar Amat). Diorang selalu take care pasal aku, apa aku buat, apa aku makan, semualah, Mereka jugalah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan yang paling penting sabar dan tahan dengan kerenah aku dari kecil sampailah sekarang ni. Aku pun ada adik beradik yang selalu buat aku rasa tak keseorangan, selalu jadi teman aku bergaduh, yang sentiasa sabar mendengar cerita-cerita sedih or happy dari aku, selalu melayan aku mengarut. Haha. Dioranglah Along(Mohamad Arif), uda(Nurhanis), dan adik(Mohamad Aidil), my honey bunny aku. hehe.Aku pun ada sahabat-sahabat yang sangat baik yang selalu take care aku, yang selalu menasihati aku, sentiasa berada dekat dengan aku disaat jatuh bangun aku, dan selalu ada untuk aku berkongsi masalah. My Sayangs Norafzan, Noor Aszah, Nur Hazirah, Nur Liz Susiyanti, Dayana, Zafira, Fadzillah, dan Nor Afika Azua. Aku gembira sangat diorang sentiasa menjadi rakan terbaik untuk aku. Aku pun ada dua orang 'abang', yang selalu amik berat pasal aku, sentiasa menjaga aku, selalu menjadi tempat aku bergantung, ada saat aku suka duka, dan selalu buat aku happy dan sentiasa tersenyum, mereka ialah Abang Kimi(Akmal Hakimi) dan Abang Faiz(Mohamad Faiz). Aku juga ada mak cik dan pak cik yang sangat sporting dan selalu menjaga perihal hidup aku, dan akan selalu memastikan hidup aku berjaya. Aku ada Mokcu, Cik Rafi, Cik Mala, Mak Teh, Ayah Teh, Mak Ti, dan lain-lain. Kalau nak tulis kat sini memang terlampau ramai, tapi mereka tau siapa mereka. Aku juga ada cousin yang sangat memahami aku, yang selalu berkongsi masalah sama-sama dan diorang selalu menjadi tempat aku ketawa, antaranya Ika, Faiz, Afiq, Kak Pia, Kak Na dan ramai lagilah, serious kalau nak tulis semua memang tak larat. Hehe. Ini lah diantara manusia-manusia yang sangat aku sayang, yang selalu berada disisi aku, selalu menasihati aku, diorang akan sentiasa berada dihati aku sampai akhir hayat aku, diorang tak pernah berkira untuk bagi aku kasih sayang mereka, walaupun mereka tak pernah sebut, tapi aku tau, diorang sentiasa sayang aku. Diorang ni lah buat hidup aku jadi lengkap dan hampir sempurna. Aku SAYANG sangat diorang semua !! Sayang korang ketat-ketat !! :)

Friday, October 7, 2011

Aku Redha.

Assalamualaikum. Kenapa ek 2 3 hari ni telinga aku macam berdesing, lepas tu macam pe ntah susah nak terangkan. Ibu cakap selalunya orang cakap kalau telinga kita tiba-tiba berdesing maksudnya daun yang ada tertulis nama kita yang dekat phon besar di atas sana bergegar. Dimana ada daun yang gugur terkena dekat daun  nama kita. Bila mana daun yang ada tertulis nama kita gugur maka kita sudah tiada lagi didunia ini. Jadi bila-bila masa sahaja daun yang tertulis nama kita akan gugur. Ya Allah, aku takut Ya Allah, aku belum bersedia untuk pergi mengadap Mu Ya Allah. Banyak lagi amalan aku yang aku perlu perbetulkan Ya Allah. Masih banyak dosa ku terhadap diriMu. Aku takut Ya Allah. Jika masa aku tidak lama lagi didunia ni Ya Allah, aku redha Ya Allah jika kau mahu mencabut nyawa ku. Abah, Ibu, Along, Uda dan Adik, anagah minta maaf kalau angah banyak buat salah dekat korang semua, angah tau angah bukan anak yang baik, tapi angah cuba jadi yang TERBAIK. Angah minta maaf juga kat semua family kalau selama ni angah ada sakit kan hati korang, angah ada buat korang terasa ke. Buat sahabat-sahabat aku minta maaf sekiranya aku selalu buat korang semua kecil hati, kadang-kadang aku trlebih bergurau dengan korang, aku minta maaf. Halalkan makan minum angah/aku sepanjang hidup ini. Aku takut untuk mati sekarang, tapi aku tak nak mati lambat, sebab aku takut semakin banyak dosa yang akan aku lakukan, tapi jika aku mati sekarang aku takut amalan aku tidak cukup untuk masuk syurgaMu. Allah ! Hidup mati ku, aku serahkan kepadaMu Ya Allah. Aku Redha.

Wednesday, October 5, 2011

Video Klip Hatimu Milikku - Nera AF9 Music Video.flv


Now, aku rasa lirik lagu ni sangat sesuai dengan diri aku. Cinta yang tidak berbalas. Ya, memang sangat sakit. Dan aku sangat benci dengan perasaan aku sekarang. Aku tak boleh buat apa, yang hanya boleh aku buat hanyalah terus dan terus merindui orang yang tak akan mungkin menjadi milik aku. Kenapa dalam ramai-ramai orang yang dalam dunia ini, kenapa dia?? kenapa dia yang aku terus-terusan merindu dan mencintai nya. Hati aku pedih dan perit. Tapi, percayalah selagi ada hayat aku, aku tak akan pernah meluahkan perasaan aku ini kepada sesiapa pun, walaupun kepada si dia. Aku akan terus menyimpan dan akan ku pendam duka ini sehingga akhir hayat aku. Dan aku tau satu hari nanti aku akan dapat melupakan kenangan-kenangan terindah aku bersama dia. Dan aku selalu mendoakan kebahagiaan dia dan orang yang dia cintai selamanya. Walaupun aku tak bahagia, melihat kau bahagia sudah cukup bagi aku untuk tumpang gembira. Biarlah angin sahaja menyampaikan rindu aku kepada si dia, semoga dia dapat merasakan kehadiran aku. Aku berserah padamu Ya Allah. Aku redha dengan segala ketentuan Mu.

Wednesday, September 28, 2011

Tulisan yang sangat COOL !! =,='

Assalamualaikum, Okay lah, straight to the point okay. Seriously aku cakap aku tak gemar gila bila ada orang yang tulis or whatever lah dalam tulisan macam ni 'keww, xdeww, cinteww' and sengkatan dengannya lah. And ada juga yang menggantikan huruf 'K' ke huruf 'Q'. Aku tak faham lah apa MOTIF diorang buat macam ni ek? Mungkin ke keyboard diorang ni dah hilang huruf K, tu yang terpaksa gantikan dengan huruf Q. Atau diorang ni ada EXTRA time untuk tambah huruf 'ww' kat belakang tu, konon COOL sangat lah kan. Serious aku cakap sangat tak COOL okay ! Aku adalah insan yang TIDAK berapa bijak untuk TRANSLATE bahasa korang yang sangat HOT tu ke bahasa KAMUS. Aku juga bukan dilahirkan untuk semata-mata untuk TRANSLATE bahasa korang yang HAPPENING tu. Bila korang send TEXT or comment status aku dengan ayat yang macam ni, aku menghadapi masalah untuk membaca okay dan disaat itu juga aku memerlukan seseorang untuk TRANSLATE kan bahasa korang tu, tak pon aku kena ulang 2 3 kali ayat tu, baru aku faham. Yes, aku pon kadang-kadang ada juga meringkaskan certain perkataan ni, tapi aku akan pastikan orang tu akan faham apa yang aku tulis walaupun setelah diringkaskan. Ya, memang boleh kalau nak buat macam tu, tapi TOLONG lah jangan MELAMPAU sangat sampai menukar 70% dari ayat yang original. Hormatlah sikit bahasa kita, kalau bukan kita yang nak HORMAT bahasa kita siapa lagi kan? Aku pun TRY juga untuk HORMAT bahasa kita, walaupun pada HAKIKAT nya aku punya BAHASA pun hancur. Yelah, sesuka hati aku je kan combined Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. HAHAHA. Tapi, tu lah JANGAN keterlaluan sangat. Berpada-padalah. Walaupun aku tau BM aku bukanlah seHEBAT dan seHANDAL korang, yelah, aku pun bukan dapat A1 pun dalam BM masa SPM dulu. Mungkin bagi korang aku tak layak nak tegur korang dalam berbahasa, dengan result aku yang tak GMPAK tu, tapi, apa guna result korang A1, A2 kalau penulisan korang macam tu. Korang pun bagi teladan yang tak elok pada budak-budak kecil  yang baru nak amik UPSR tu. Diorang pun mengikut gaya penulisan korang dalam UPSR, memang terbaik lah kan, result adik-adik korang. Aku sebagai kakak ada 2 orang adik, aku tak nak adik-adik aku follow penulisan korang dan aku nak adik-adik aku bagus dalam penulisan diorang walaupun result adik-adik aku MUNGKIN tak segempak korang. So, aku saran kan pada korang TOLONG jangan MENGAJAR adik-adik aku dengan penulisan korang yang SUPER COOL tu. Kalau adik-adik aku terikut-ikut penulisan korang, seriously aku akan salah kan korang 100%. FAHAM. Ini AMARAN ni ! HEHE. So, aku harap sangat korang semua TRY tuk perbaiki cara korang menulis dalam FB, TWITTER or dalam MESSAGE. Sebab adik-adik kita semua mengikut apa yang kita pertonton kan dekat diorang. So, aku harap sangat korang faham apa yang aku cuba nak sampai kan okay. :) PEACE NO WAR ! :)

Tuesday, September 27, 2011

RANDOM : RISIKO ZURIAT PASANGAN SEPUPU

SOALAN:
SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat.

Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktor dapat memberikan penjelasan terperinci.


Eusoff,
Subang Jaya, Selangor

JAWAPAN:
PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang mantap, termasuk kemungkinan terencat.

Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak.

Nenek moyang kita mungkin berkahwin antara sepupu dan didapati cendakiawan seperti Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu, tetapi anak mereka bijak dan handal.

Jika ditinjau kadar kekerapan, perkahwinan antara sepupu adalah besar di dunia. Di Arab Saudi sebagai contohnya, 30 hingga 80 peratus daripada rakyat mereka berkahwin dengan sepupu masing-masing.

Di dalam Islam tiada halangan untuk berkahwin dengan sepupu, kecuali itu bukan pilihan atau keluarga mereka diketahui mempunyai penyakit keturunan.

Bagi saya sendiri, tiada sebab kenapa pasangan yang secara kebetulan sepupu tidak boleh berkahwin jika mereka sangat mencintai satu dengan yang lain.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/



copy & paste from;
http://arshad-terunadara.blogspot.com

Wednesday, September 21, 2011

HATE IT !!

cakkkk~ hehehe.. aku datang lagi. :) 2 minggu ni aku sibuk dengan final exam untuk semester ni. Tapi kan dalam pada busy exam, 'orang' tu call la. Aku tengah exam boleh pulak dia call, nasib baik tak bawak handphone, kalau tak parah juga fon duk vibrate je. hehe. Abis exam aku balik and check fon aku, ehhh~ dia call la !! (menjerit dalam hati) haha. Pastu aku call dia balik, disebabkan dia kat tempat kerja so tak leh nak call lama lama, sebab dia nak balik rumah. Then, lepas maghrib tu aku terkejut dia miscall aku, then aku call dia balik, dia marah aku nape tak call balik, dia da lama sampai rumah, dia ada suruh aku call balik bila dia sampai rumah, kau hengat aku ni duk sebelah rumah kau ke? aku nampak kau da sampai rumah ke belum, adoiiyaii, aku pula yang kena marah. Lama gak la 'bergayut', sampaikan aku tak sedar yang aku call dia tu guna no bill, yang bapak aku bayar, haha. Memang tak jadi pe la kan, haha. Then, kitaorang pun letak fon. Malam tu dia call lagi :) haha.. Disebakan aku baru meng-HOT TICKET kan aku punya fon dengan masa berbual aku 300minit, aku tak tau nak wat pe dengan benda tu, aku pun meng-call dia balik, and sebagai balasan yang selama ni dia da call aku, haaa~ ada la satu story ni, member dia ni nak cari awek, dia suruh la si 'budak' ni cari kan, then dia tanye lah member2 aku kat umah ni ada ke yang single, kat umah aku ni mane ada yang single, yang single nya pun aku je la. Pastu dia cakap kau single tak? belum sempat aku jawab, dia da cakap, 'eh, kau tak boleh, kau aku punya, dengan aku pun belum settle, lagi nak dengan orang lain, tak boleh2 kau dengan aku je' haha. boleh pula dia cakap macam tu kan, dia lupa ke dia dah ada GF, jangan nak try jadi playboy ok, serius aku cakap bila try nak jadi playboy, aku tak suka, aku benci PLAYBOY. Memainkan hati and perasaan GF dia, aku tak suka. Aku perempuan, GF dia pun perempuan, so aku faham perasaan GF dia kalau kene macam ni. Sudah lah, stop lah memainkan perasaan perempuan, aku tak pe aku dah biasa, GF kau tu, tolong lah jaga prasaan dia kalau kau sayang dia. ok :) try happy kan dia dan bahagia kan dia. Please JANGAN MAINKAN PERASAAN GF KAU !! kalau tak aku benci nak kawan dengan kau lagi.

Thursday, September 15, 2011

AKU SAYANG KAU ! I KAYU TOO ! :)

ehem2, tora datang lagi !! HAHA.. Hari ini rasa macam happy sangat, yela orang tu baru lepas call kita kan, mestilah happy ye tidak. hehe. He makes my day u know ! so sweet :) Apa yang dia janjikan memang totally aku tak percaya, tapi setiap pe yang dia cakap boleh buat aku tersenyum, hebat tak dia? urmm, bukan senang tau nak buat aku tersenyum and tergelak sorang sorang macam orang gila. haha. Yang aku tak tahan dia selalu janji kat aku yang dia nak datang KL, tapi aku ye kan je cakap die, tu yang buat dia geram kat aku, habis dia main mainkan aku, ingat aku pun tak leh nak mainkan dia ke? haha. Aku dah faham sangat perangai dia, bukannya boleh percaya sangat, selalu sangat menyakat aku, kalau dalam satu hari tak menyakat aku tak sah. Ada je benda yang dia nak sakitkan hati aku, selalu sangat nak buat aku terjerit jerit dekat dia. Risau sangat kalau aku senyap, tak boleh langsung nak bagi aku tak marah satu hari. Dia ni selalu sangat perasan tau, dia cakap kulit dia putih tau, macam orang putih, aku gelak gelak lah, pastu dia marah, yela mau nya aku tak gelak kulit dia agak gelaplah, then ngaku yang kulit dia putih, mau tak tercabut pundi kencing aku. haha. Tapi, last last dia pun sekali gelak, Haha. Tadi aku message dia, pastu dia call aku, dia cakap pelik kenapa aku tetibe message dia? selalunya tak pernah aku start message dia, aku pun kepelikan lah, betul ke aku memang tak pernah message dia? then, aku pikir dan pkir rupanya memang aku tak pernah start message dia, dia je yang selalu message and call aku. Yela, malu lah aku kalau tetibe je nak call lelaki, aku mana penah call lelaki kalau tak disuruh, tu yang topup aku tak pernah nak habes. huhu. Aku pun tak perasan, tapi dia persan ok, so aku sangat malu. haha. Pastu kan dia cakap aku message kat dia sebab aku rindu kat dia, ehem2, terkejut aku, sebab dia boleh baca pe yang aku rasa, haha, memang aku rindu dia pun, tu yang aku message dia, tapi aku dengan slumber je cakap memang aku rindu kat dia. haha. nampak tak tu, tak tau malu nya. haha. Dia kata dia rindu kat aku, aku jadi tergamam. huhu. dia lelaki kedua yang cakap camtu kat aku, so sangat nervous ok. haha. Aku tak tau lah pe yang jadi sebenarnya, sebab aku dengan dia bukanlah couple, tapi kalau berbual dalam telefon mesti berindu rindu la pe la, kadang kadang pelik gak. urmm.. Tadi masa dah nak letak fon, dia cakap kat aku KAYU. aku tanya lah pe KAYU tu? Susah gila dia nak cakap, aku paksa paksa gak dia, last sekali dia cakap, KAYU tu means LOVE U, dia cakap camtu sebab kalau dia cakap LOVE U, dia takut aku cakap dia pe lak, haha, sweet kan dia :) korang tau pe reaksi aku time dia cakap maksud kayu tu? aku speechless gila, terdiam aku 5 saat. haha. then aku balas balik KAYU KAYU, patu dia cakap cakap lah KAYU TOO, haha. Aku pun cakaplah KAYU TOO. Then kitorang gelak gelak, sebab malu gila time tu. haha. terus laju laju letak fon, rasa macam nak sorok muka dekat belakang almari. MALU gile weyhhh.. :) haha.. tapi seronok sangat kalau dapat bebual dengan dia, fun gila. Walaupun aku tau kitorang akan macam ni sampai bila bila, yang penting aku happy. :) AKU SAYANG KAU SAMPAI MATI ! :)

Tuesday, September 6, 2011

Assalamualaikum,, SELAMAT HARI RAYA guys. Rasanya belum terlambat lagikan untuk wish selamat hari raya, lagi pun raya sebulankan. Busy sangat masa 3 hari sebelum raya sampai hari raya ke-5. Yelah beraya dikampungkan, so banyak benda yang nak dilakukan, kampung saya still macam kampung orang orang lain, buat dodol, anyam ketupat, rebus ketupat, buat kuih raya semua bendalah kami buat sendiri, yes penat memang penat, tapi seronok sangat buat kerja ramai ramai, tolong menolong, serius sangat seronok. Saya nak kongsi kan sikitlah pengalaman saya membuat kerja ketika di kampung dan bergembira bersama saudara.

28Ogos2011 (Ahad) :
My first day kat kampung. Wow, memang excited gilalah kan, actually masa ni ingatkan tak ada kerja tuk dibuat, yelah kan 2 hari lagi kan nak raya, kira ada masa lagi lah nak masak2 semua tu. Tup tup nenek suruh kitorang buat DODOL. Yes this my first time making dodol ok. HAHA, seronok memang seronok, tapi tu masa 1 jam yang pertamalah, bila masuk jam kedua, dodol nya makin susah untuk di kacau, baru 2 3 minit dah rasa dah tulang tulang ni berjalan, lenguh semua ada la. Pastu time tu tak ramai lagi anak cucu nenek saya yang dah balik. so, tak ramai yang mengacau dodol tu. Separuh kerja didapur, untuk menganyam ketupat dan buat kuih raya, disebabkan saya tak pandai menganyam ketupat dan buat kuih saya pergilah buat dodol, tapi penat mengacau memang lain macam lah, sampai bawak ke malam sakit tulang tulang nya. Dalam pukul 3 petang dodol nya siap di kacau. Siap buat dodol barulah semua orang dapat berehat, yang muda muda seperti aku mengambil jalan untuk duduk di rumah sahaja, my mom, my dad dan makcik saya keluar pergi ke pekan Tanjung Malim, cari barang katanya. Disebabkan dalam rumah tu tinggal saya dan sepupu saya yang lain, dan saya paling tua dalam kalangan anak dara, so saya pun dengan rela hati membantu nenek saya membuat kerepek pisang. Best, semua tu pengalaman pertama saya tau.. HEHE. Bila malam macam biasa jalan rumah nenek saya penuh dihiasi dengan pelita. Meriah sangat.

29Ogos2011 (Isnin) :
Hari paling busy sekali kerana esok raya, semua orang dibagikan tugas, merebus ketupat, menyembelih ayam, memotong ayam, semua orang tak sempat rehat, terlampau banyak sangat benda perlu diselesaikan, petang tu rendang, sambal kacang ayam masak kicap semua sudah selesai di masak dan ada aktiviti membakar satay pula, kami berbuka dengan satay dan lauk lauk yang dimasak tadi. Bila tiba malam rumah nenek saya sudah dipenuhi dengan saudara mara kami yang baru sampai dari Pahang. Kami mebakar mercun, memang seronok sangat. tapi, waktu orang membakar mercun, aku sibuk mengiron baju, tak dapat tengok pun dengar bunyi je, sampai kan saya kena marah dengan my cousin sebab sebok sangat nak iron baju, tak tngok dia main mercun. HAHA. malam tu, saya, adik, abang saya dan my cousin lepak kat depna rumah sampai pukul 3 pagi. Sampai mata langsung tak boleh nak angkat dah. Best2

30Ogos2011 (Selasa) :
Yeahh,, Raya.. Akhirnya raya juga. Pagi raya semua berebut toilet, takut terlewat pergi sembahyang raya kan. Bila semua sudah balik dari masjid, start sesi bermaafan, agak sedih juga lah untuk kami sebab ini sudah tahun ke 3 beraya tanpa atuk kesayangan. Tapi, hidup perlu diteruskan. Sesi bergambar lah waktu paling seronok, meriah gile. Haha. Semua tak nak lepaskan peluang tuk bergambar. Seronok. Abes bergambar, yang tua tua semua pergi beraya kat rumah jiran2, tapi kami 6 org bersaudara duduk depan tv. Abes cerita kitorang tidur kat depan tv, sampai petang, orang datang beraya pun kitorang tak sedar. Memang best gile. Pastu pukul 5 kitorang dipaksa bangun tuk beraya dekat umah pakcik2 area situ. Malam tu sedara mara dari kajang dan tanjung karang datang beraya. abes diorng beraya adik dan my cousin ajak pergi KFC di Tanjung Malim. Lepas tu, ada my cousin marah kat saya sebab tak ajak die pegi KFC, bukannya sengaja, tapi semua ni plan diorang, saya just follow je.. Lepas balik semua tebongkang tidur. HAHA

31Ogos2011 (Rabu) :
Hari kemerdekaan bersamaan dengan hari raya ke2. memang jalanraya sangat jem. pukul 9 kitorang sudah gerak tuk beraya di Tanjung Karang dan di Meru, Klang. Dalam area pukul 12 kami tiba di Klang, beraya rumah saudara mara arwah atuk saya yang saya sendiri tak berapa kenal, dapatlah 4 rumah disitu. Sampai sempat dirisik masa kat situ, tak leh blah btol. HAHA. kami tiba di Tnjung Karang dalam pukul 6, semua gara gara kami tersangkut dalam jem selama 2 jam. teruk sangat kesesakannya. kami dapat beraya 3 buah rumah sahaja disana. Bila sampai di rumah baru lah terasa sunyi sebab 3 keluarga da balik ke rumah, yang tinggal kami 3 keluarga sahaja di rumah nenek. sedeyh sangat bila semua sudah pulang. Rasa macam sekejap sahaja kami berjumpa. Hari keesokannya pula saya dan family pulang ke Batu Pahat, Johor.

ok lah, layan beberapa gambar dibawah ini. Diambil sewaktu berhari raya hari itu. :)




                                                                       my cousin (faiz)
                                                                       my aunt (sarah)
my cousin (kimi)
                                                                        my brother (arif)
my cousin (farid)
                                                                       my mom (siti hajar)



                   

Wednesday, August 17, 2011

31 Ogos 2011 !!

31 Ogos?? ada apa dengan tarikh tu? pentingkah tarikh tu?? urm,, pada yang tak tau, atau yang saja buat buat tak tau tu, ni adalah tarikh keramat kepada negara Malaysia, iaitu dimana Malaysia mendapat kemerdekaan. Apa yang dimaksudkan dengan 'MERDEKA' ? Merdeka adalah bebas, bebas daripada penjajahan. Pada satu masa dahulu negara kita telah dijajah selama 446 tahun, iaitu dari tahun 1511 sehingga tahun 1957. Dimana pada zaman itu rakyat Malaysia menghadapi hidup yang sangat susah berada dibawah jajahan penjajah, makanan dicatu, pergerakan terbatas, menjadi kuli penjajah dan macam macam lagi kisah perit yang mereka hadapi. Sehingga pada satu masa mereka berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan kepada negara untuk memberi kesenangan kepada kita semua, iaitu pada 31 Ogos 1957 mereka bersorak dengan kebebasan yang mereka dapat. Semua adalah untuk kesenangan kita rakyat Malaysia sekarang. Tetapi, kita sebagai anak Malaysia jarang untuk menghargai perjuangan datuk nenek moyang kita, kita terlampau leka dengan kesenangan yang kita miliki sekarang, bebas untuk melakukan apa sahaja. Bayangkan jika sekarang kita masih belum mendapatkan kemerdekaan tentunya kita masih hidup dalam kemunduran, kesusahan, penuh dengan peperangan, tangisan dan macam macam lagi. Facebook? Twitter? Myspace? Friendster? tentunya tiada istilah itu semua kepada diri kita. Kita tentu sekarang sedang sibuk melarikan diri dari peperangan, bergaduh. Kita juga tak kan dapat tidur setenang sekarang, 24jam tidur pun masih belum tentu cukup, bayangkan jika kita semua masih dijajah, bukan kata 24jam, 24saat pun belum tentu dapat melelapkan mata. Terlalu takut untuk menghadapi nasib diri sendiri yang belum pasti. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perjuangan nenek moyang yang terdahulu. Hargai pengorbanan mereka ! Jangan terlampau selesa dengan kesenangan dan kemewahan yang kita perolehi sekarang. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 ! Semoga pemikiran rakyat Malaysia tidak lagi dijajah oleh bangsa bangsa asing !

Monday, August 15, 2011

Separuh perjalanan !!

Assalamualaikum, wah apakah yang separuh perjalanan itu? Separuh perjalanan belajarkah? Separuh perjalanan ke kampungkah? Oh, tidak-tidak. Separuh perjalanan yang dimaksudkan adalah semua umat islam di dunia ini sudah menjalani ibadah puasa selama 15 hari, iaitu bersamaan separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan kepada diri ini untuk merasa separuh dari bulan Ramadhan. Bersyukur sangat. Bila dah kata hari ini 15 Ramadhan, maka dengan automatiknya seluruh radio di Malaysia ini memainkan lagu-lagu raya !! Wow, sangat excited lah nak raya !! Bila dengar lagu raya kat radio je, dia punya happy semacam. HAHA. Terus lah terbayang kat kepala ni nanti makan ketupat, makan lemang, makan rendang, kuih raya, duit raya !! Wah, sangat seronok tu. Lebih rasa seronok tu bila dapat beraya dekat kampung ! baru lah rasa feel raya tu lebih sikit ! Wah, bila lah nak balik kampung ni, dah penat sangat rasanya kat sini, Haishhh~ ok lah, izinkan tuan hamba mengundurkan diri ini, sudah bosan rasanya asyik online saje ! ok, daaaa.. Assalamualaikum.. :)

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H..

Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H kita semua umat islam di muka bumi ini mula untuk menjalani ibadah puasa iaitu rukun islam yg ke3. Kita semua diwajibkan untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan kecualilah kepada kaum Hawa yang mempunyai keistimewaan sdeikit, tapi kepada kaum Hawa janganlah mengambil kesempatan pula bila dapat 'bercuti', jangan sengaja lebih lebih kan cutinya ye. Dalam bulan puasa ini kita ambil kesempatan ini untuk bersahur untuk melatih kita bangun pagi-pagi dan besolat subuh. Kaum Adam juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok, agar dapat menjalani kehidupan yang sihat. Kita juga perlu mengambil kesempatan ini untuk membersihkan hati dan menambahkan amalan kita, dan sambil-sambil itu kita renungkan kembali kesilapan kita yang lalu dan perbaikinya. Insyaallah kita semua akan mendapat keberkatan dan manfaatnya dalam bulan penuh keberkatan dan kebaikan ini. Sesamalah kita menunaikan ibadah ini dengan hati yang tenang dan ikhlas agar dapat mengutip pahala yang berlipat kali ganda. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam dibumi ini.

Sunday, July 31, 2011

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


(credit to : jejariruncing)

Friday, July 29, 2011

COMMON TEST !!

fuh, rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni,, bukan tak ada benda nak diceritakan, banyak sangat benda yang nak diceritakan, tapi tulang-tulang jari aku cakap malas, so tak leh nak buat apa la kan.. huhu.. minggu ni aku sangat lah busy, pergi kolej 2 minggu non stop,, sabtu ahad minggu lepas aku kena paksa rela pegi program kemahiran insaniah, lepas tu sambung terus kelas seminggu, dengan tambahan kelas ganti and kelas untuk buat revision la, apa la, sangat PENAT.. then, sabtu and ahad ni, TEST pulak dah 'chop' aku,, huhu.. gila lah, dah la penat dengan kelas full, kena pulak study untuk test,, ok lah tak ape, itulah lumrah seorang student macam aku ni,, BERSUSAH SUSAH DULU, BERSENANG SENANG DI KEMUDIAN HARI.. ok lah, mau sambung berstudying, tunggu lah lepas test kalau aku rajin nak update, aku updatelah.. haha.. :) wish me luck untuk common test ok !! :)

Wednesday, July 13, 2011

Setulus Pengorbanan !!

Hargailah mereka sewaktu mereka berada dihadapan kita, sayangilah mereka sewaktu bersama kita, hormatilah mereka seperti mana mereka menghormati kita. Jangan sesali pemergian mereka, jangan tangisi pemergian mereka, jangan ratapi pemergian mereka, kerana kau mensia-siakan mereka, kerana kau tidak pernah menghargai mereka sewaktu keberadaan mereka, kerana kau bodoh tidak nampak keikhlasan mereka. Mereka tidak pernah bersungut untuk menyayangi kita, mereka tak pernah kisah, sayang mereka tidak berbalas, mereka tak kisah dipergunakan, tapi kita tak pernah sekali pon menghargai mereka. Bila satu masa mereka meninggalkan kita, baru kita sedar bertapa bernilainya mereka, bertapa sabarnya mereka melayan kerenah kita, bertapa sayangnya mereka terhadap kita. Tidak pernah sekali pon mereka meminta balasan dari kita, tidak pernah sekali pun mereka marah, tak pernah sekali pun mereka benci akan kita sehinggalah saat mereka pergi mereka tak pernah mengungkit pun. Mereka masih lagi tersenyum saat mereka pergi untuk meninggalkan kita. Tapi, kita tegar menyakiti hati mereka, melukakan hati mereka, merobek perasaan mereka !! Sampainya hati kita !! Mereka tak pernah terkesan pun dengan semua itu, sampai keakhir hayatnya pun mereka masih gembira dapat menjaga dan melindungi kita sepanjang hayatnya walaupun tidak memiliki kita. Bertapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita, tak pernah sedikit pun kita hargainya.

HARGAILAH MEREKA DIHADAPAN KITA !
SAYANGILAH MEREKA ! 
BAHAGIAKANLAH MEREKA !

Sunday, July 3, 2011

Miss That Time !!

ouh, serius !! ku merindui saat-saat itu !! saat kami bermesej-mesej, saat kami hangout bersama-sama, saat kami  melepak-ing bersama, harghh,, boleh repeat balik tak time tu !! rindu sangat-sangat !! napelah tiba-tiba rindu ni, haishh, baru-baru ni ada melepak dengan dia, tapi lepak dengan member-member la.. urmm, agak seronoklah !! even, status kitaorang tak macam dulu !! aku tak kesah, sebab benda tu da lama aku leh terima, aku lebih senang dengan keadaan kitaorang sekarang, lebih seronok !! masa kitaorang on da way balik dari lepak tu, dia hantar aku balik rumah, time tu pulak keluar lagu Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan.. HAHA, apa lagi dalam kereta tu kitaorang berkaraoke berdua lagu tu, amat la sesuai lirik dia dengan keadaan kitaorang.. HAHA.. sangat best !! for that time aku akan jadikan sebagai kenangan manis, akan ku simpan kemas-kemas dalam memory ini !! bila teringat balik, mesti tersenyum-senyum !! HAHA, macam orang kene penyakit langau angau.. HAHA.. em, bila aku bandingkan masa kitaorang lepak waktu bercouple tu dengan waktu sekarang ni, beza sangat, sumpah aku tak suka masa kitaorang lepak dulu-dulu awkward sangat !! tapi bila keadaan dah berubah, kitaorang leh jadi rapat sangat, percakapan tak terbatas sangat, pergaulan tetap ada batasnya !! aku leh kongsi problem aku kat die, and dia setia mendengarnya !! (tak tau lah kalau terpaksa kan) tapi, tak kisahlah, janji dia nak dengar apa aku citer kat die, and dia bagi aku semangat and jalan penyelesaiannya !! aku beruntung sangat, ORANG-ORANG di sekitar aku sangat take care kat aku !! aku ada ibu and abah yang selalu membimbing aku, mendengar luahan hati aku, and tak jemu-jemu bagi semangat and nasihat kat aku.. aku gak ada along, uda and adik yang selalu jadi peneman aku, jadi tempat gelak tawa aku.. sahabat-sahabat aku yang selalu disamping aku, tak kira susah senang aku.. juga aku ada si dia(manusia yang aku ceritakan di atas ni) yang menjadi kawan ter-rapat aku, mendengar citer mengarut aku, melayan kerenah aku tanpa jemu, tak pernah nak marah aku walaupun aku wat jahat kat die, kalau marah pon, marah gitu-gitu je, tahan dengan kedegilan aku !! semua kenangan-kenangan aku dengan dia akan aku simpan baik-baik !! hope our relationship akan berterusan sampai bila-bila sebagai ABANG, but not 'abang sayang' ok !! ^_^

Monday, June 20, 2011

RINDU Bak & Mak Wan !!

semalam ibu bagi tau perut bak buncit dan keras dan kulitnya keluar bintik2 merah.. mungkin itu adalah tanda2 hati bak dah tak berfungsi .. sedeyh sangat !! risau dengan kesihatan bak, mak wan pon dah lupa2, urmm,, dah lama tak jumpa bak & mak wan, bila ibu cakap macam tu, lagi lah bertambah sayu hati ni,, tak tau nak cakap cam ne.. bak mesti terseksa dan sakit sangat, tapi die tak leh nak cakap, kesian nya bak.. risau2 !! kalau lah diri ini dekat dengan bak, tiap2 hari aku tengok bak & mak wan.. tapi, diri ku ni terlampau jauh dari mereka.. aku hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar berikan kesihatan yang baik kepada bak & mak wan.. itu sahaja lah yang aku mampu lakukan sebagai cucu mereka..

Sunday, June 19, 2011

KL Gangster memang terbaekkk !!



oke, 1st sekali aku nak ucapkan TAHNIAH untuk Syamsul Yusof sebab kutipan citer KL GANGSTER hampir mencecah 11 juta, dan sekaligus mencipta sejarah baru bagi filem Malaysia yang pertama, mempunyai bilangan penonton seramai itu.. seriuosly, tabik giler kat Syamsul, seorang pengarah muda yang sangat berbakat !! Finally, semlam aku dapat juga tengok citer KL Gangster ni, dari minggu lepas aku pegi Wangsa Walk, tapi hampa,, ticket sold out je semua !! akhirnya semalam, dengan perasaan berani2 takot aku pegi juga,, bila dapat je tickt nye, adoiii, sangat hepi !! sekian lama aku menunggu untuk menonton citer tu.. suka sangat jalan citernye, pelbagai emosi yang ditonjolkan, sedih, marah, gembira dan macam2 lagi.. yang paling dahsyat penangan citer ni, dialog2 yang disebutkan semua menjadi ikutan ramai, antaranya "sekarang tak kira, lu abag long, lu ayahnda ka, ini KL gua pegang" "abang besar suda keluar ka, wa ingat lu sudah mampos" "lu kasi gua mati dulu lah, baru gua diam" ha,, ni la antara dialog2 yang menjadi ikutan, termasuklah aku.. hahaha.. dialog nya best tuk digunakan.. hahaha.. tapi jangan salah guna lah ayat tu.. ha,, da2 la tak kan nak citer semua kan, cukuplah,, nak tau, tengok lah kat wayang.. tapi siyes la RM13 tuk tengok citer ni sangatlah berbaloi.. ha, kepada sesiapa yang tak menonton citer ni ag,, sila2 la tengok ye,, korng tak kan menyesal pnye lah !! terbaekkkkk !!

Jehan Miskin at KPOP Talent Astro Hitz, Wangsa Walk !!

woot woot ~ adoii, hepi sgt !! tak terkata hepi nye !! tak sangka akan berjumpa dengan Jehan Miskin mase kat Wangsa Walk !! hajat utama pi Wangsa Walk tu nk tgk movie KL Gangster,, tup2 smpai sane dapat tau Jehan Miskin will hosting new program at Astro Hitz !! punye sronok tak terkata !! dah la memang adore giler kat Jehan tu.. adoiii,, don't know how to describe my feeling !! the best part is i take a photo with Jehan !! my heart exploid like a fireworks n also melted like an ice ~ satu badan menggeletar bila dapat bergambar ngan Jehan tu, gila tak menggeletar, artis pojaan pujaan ramai gitu kan.. hahaha.. Jehan tu tersangat2 lah hensemmm, ditambah pulak dengan kecomelannye,, adoiii,, semua gurl pon akan adore die lorh.. then, Jehan ni tersangat lah friendly ngan penonton2 n peminat2 die,, lawak pon lawak.. haishhh,, kire semua cukup la tuk jadi Mr. Right n Mr. Perfect, para gadis2 di luar sana n also for me !! hahakss.. selera nak tinggi je,, tak leh bla doe !! berangan itu perlu ok !! hahaha.. yang paling membuatkan aku jadi sengal smpai tak leh nak tido, coz die pandang aku, lame giler,, ada lah dalam 50 seconds !! takde la perasan nak cakap Jehan suka kat aku,, no2, dah buta ke hape kalau Jehan berprangai cam tu !! cuma, yela celebrity mestilah kene ada eye-contact ngn peminat, right ? ha, tu yg wt aku macam tak tentu arah, sengal sekejap, pengor2 je.. hahaha.. whatever la, aku tak kesah kalau korng nak cakap aku perasan ke hape, yang penting aku hepi !! hahakss.. oke la citer panjang pon bukan korng nak baca kan? ha, nah layan pic2 ktorg yang perasan itu.. hihihi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...