Sunday, November 20, 2011

Jawapan tuk Aza Yusoff !!

1. matlamat hidup korng ?
matlamat utk berjaya n mndapat kebahagiaan di dunia n di akhirat.. insyallah

2. pe yg korng nk jd sbnrnye ? (cita-2) , akan kdi kenyataan ke ?
cita2 ek? dari kecik nak jd tu la ni la, tp 1 cita2 aku yg akan aku kejar iaitu nk jd weeding planner n nak jadi tukang buat wedding dresses.. :)

3. lagu paling-2 korng minat skg ?
Patah Seribu - Shila Amzah

4. npe ek ? tok sbb no.3 .
knp ek? mngkn sbb lirik tu ada kaitan dgn idop aku skrg ni kot.. hehe :p

5. pe perkara yg menyesal skli pnh korng buat ? jujor jelah ~
menyesal ? mungkin menyesal sbb x blaja btol2 time SPM tu.. hehehe :)

6. asl korng buat bnde uh ? sbb tok n0.5
biasa lah, remaja kan? keje nye nak enjoy je kn, xpkir mse dpn.. bila da tua skit ni la bru tau penting nye la SPM tu.. huhu

7. de x seseorng yg pnh wt korng ase bhgia sgt . cm wahh, INDAH nya HIDUP ni ~ :P
ofkos la ad, mak bpk aku sbb die da lhir kn aku.. hahaha

8. korng nk x dpt PAYUNG EMAS? cm best kn. hee
sape yg x nk kn ? tp klo bakal laki aku tu nk kwin lain, aku bg je kot.. payung emas belakang citer..

9. pe perasaan korang jwb soalan ni ?
perasaan ek ??  xde prasaan, jwb je.. hahaha

10. knpe ek ? sbb tok n0.9 
sbb aku mmg jnis xde prasaan (tp yg x leh bla knp ad sbb tok no 9 cm tu ek?, kau tau aku dah rse mcm ngh jwb SPM.. hahahaha)

11. nk soalan lg x ? ngee =)
hahahaha,, udah2 la buat soalan tu.. penat jwb nye..

Saturday, November 19, 2011

UNDANG-UNDANG ; 
- you must post this rule.
- each person must post 11 things about themselves in their journal.
- jawan soklan yang dah di tagged kepada anda. dan buat soklan pada orang yang akan anda tagged.
- pilih 11 orang yang akan jawab soklan yang anda buat.
- g kat page dorang , bgtau yang dorang dah di tagged utk soklan korang.
- takde nak tagged balikkk okeee.
- No " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS". You legitimately have to tagged 11 people.

11 THINGS ABOUT ME.

- suka dengan budak2 :)
- lolipop itu kegemaran saya !! :)
- saya anak ke 2 dari 4 orang.. hehe :)
- still single.. hehe :p
- tak boleh tengok keadaan senyap, mesti ada orang yang akan kena sakat.. :p
- love my famiy so much !!
- seseorang yang tak de perasaan and keras hati, tapi kadang2 senang jadi sensitif..
- benci dengan orang yang sangat hipokrit !!
- tak suka dengan orang yang tak setia !! hate it !!
- i love shopping !! even tak de duit pon,, shopping tetap jadi perkara utama !! yeahh
- aku ada kawan yang sangat mengambil berat pasal aku !! :)

soklan yang perlu SAYA jawab, :)

1. ape korang buat , kalau ade someone yang korang kenal and tak penah amik tau tetibe sebok hal korang?
perasaan rasa macam nak sepak2 je orang tu !!


2. perlu ke kawan korang lupakan korang bila dah ade balak, selisih bahu pun buat bodoh jeeee!
sangat tak patut, tu namanya tak kenang budi !! diorang tak tau, kawan lagi penting dari balak sebenarnye..


3. perkara yang korang akan buat bila takde fone, lappy, and alat communication yang lain.
mungkin aku akan duduk tnjung rambutan sampai la ada pengganti semua tu.. hidup aku tak akan lengkap tanpa semua tu..


4. ciri-ciri lelaki yang layak jadi imam untuk kau bila dah kawen nati.
urmm,, ofkos la 1st, tau hal2 yang berkaitan islam, yela kalau dia tak tau pasal hal agama macam mana nak bawak aku kejalan yang benar kan..


5. korang sanggup tak berubah dari negatif kepada positif kalau hati korang dah terpikat dengan orang-2 surau ni?
sudah tentu !! tapi kenalah berubah demi Allah bukan 100% berubah kerana lelaki tu..


6. heee, agak-2 korang nak honeymoon kat mne lepas kawen nati? hahaha.
wah,, dah cakap pasal honeymoon plak.. huhu,, aku nak honeymoon kat mekah, insyallah, aku nak buat haji then bru la ke korea !! hahaha


7. penah tengok cerita ALAMAK TOYOL? best takk, cerita sikitt :)
mak aiii,, tengok pon tak, lagi la nak cite kat kau.. haha


8. kalau korang suka someone, korang akan terus terang ke dekat die?? so korang buat apeee?? hmm
urmm, nope. aku tak kan terus terang kat dia, tapi sebaliknya aku akan pendam and berdoa yang dia akan jadi suami aku.. hee :) (tapi setakat ni belom ada lagi lah)


9. kenapa eakk korang buat blog korang? utk ape sebenarnya???
blog ni just tuk kepuasan diri sendiri je, lebih mcm diary aku la, tuk cite suka duka hidup aku..


10. betol ke meggi boleh buat seseorang tuu BODOH ?
tengok la juga, kalau orang tu dah memang dah bodoh, kalau makan meggi mmg la bodoh.. urmm, tak tau lah, tanya la pakar sains !!


11. sukaa tak orang yang korang tak suka gelarkan korang BABI?? =.=
mesti la tak suka.. Babi itu adalah binatang, seorang manusia tiada hak untuk menggelarkan ciptaan Allah sama dengan binatang. Manusia adalah sebaik2 makhluk yang ada di muka bumi ni.

soklan yang perlu KORANG jawab (yang di tagged sahaja)


1. siapa nama buah hati korang/orang yang korang minat ? (jujur ok) ;P
2. pelakon lelaki mana yang korang rasa adalah ciri2 lelaki idaman korang ?
3. apa perasaan korang bila orang yang korang sayang keluar dengan orang yang paling korang benci ?
4. senarai kan 2/3 orang rakan korang dan letakkan sekali perangai dia dalam 3 perkataan..
5. movie apa yang korang rasa yang telah ubah perangai korang ? (tak kira lah dari baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik)
6. tempat percutian yang manakah yang korang rasa korang nak pergi sangat ? (in Malaysia only)
7. target umur korang tuk mendirikan rumah tangga ?
8. apa korang nak buat, kalau orang yang korang benci sangat tetibe dia luahkan perasaan yang dia suka kat korang ?
9. korang prefer duduk kat bandar atau kampung ? kenapa ?
10. siapa korang punya 1st love ? (jujur ok)
11. contoh korang ada 1 hari je untuk hidup, senaraikan 10 orang yang korang nak jumpa tuk cakap yang korang sayang kat diorang..


tagged ; 
AFZAN SAMSURI
AZA YUSOFF
DAYANA ZAKARIA
AZIERA ZAMSHI
NURHANIS HAMRAN
FADZILLAH AHMAD
NURUL ARINA FATIN MUSA
BUBU ALYN

Wednesday, November 16, 2011

Versi Merepek ! :)

Assalamualaikum sahabat sekalian. Lama sekali rasanya sudah tak meng-update Blog ni. Hehe. Kadang-kadang rindu nak menulis tapi kemalasannya lebih besar dari kerajinannya. So, banyak kali terbantut untuk meng-update blog ni. Aku rasa dalam beberapa minggu ni hidup aku suram sangat, semua benda nak hilang dan lari dari aku. Macam-macam perkara yang mengganggu fikiran aku ni, kalah PM yang selalu duk fikir masalah negara tu. Haha. How ek? Aku nak cerita kat sini pun, aku rasa benda ni mengenai personal life aku, so aku memang tak boleh nak kongsi dengan orang lain. Actually, benda ni bukannya nak rahsia sangat pe pun and benda ni pun bukannya satu kesalahan ke apa pun, just bagi aku ada benda yang aku boleh cerita kat orang dan ada benda  yang aku rasa aku perlu simpan, kecuali orang terdekat aku je aku akan cerita kat diorang. Ya, mungkin kalau aku cerita kat korang pasal benda ni pun, mungkin korang akan gelak kan aku je, yela benda yang biasa dilalui setiap insan kat atas bumi, tapi aku nak berahsia sangat kan. Haha. Peduli apa aku, even blog ni macam Diary, tapi bagi aku, blog ni boleh dibaca oleh sesiapa pun, even orang yang kat kutub selatan, kutub utara tu pun boleh baca, kalau diorang tau Bahasa Melayu lah kan. Haha. And itu pun kalau diorang terjumpa blog aku ni lah kan. Mungkin bagi korang, korang tak kisah berkongsi masalah, berkongsi rahsia dengan orang lain, kalau boleh cerita dalam kain pun korang nak cerita, tapi bagi aku tak, even dengan family aku pun banyak benda aku tak cerita kat diorang, just certain cerita yang bagi aku boleh dikongsi, aku akan kongsi dengan mereka, tapi selagi aku boleh pendam masalah aku, aku akan pendam. Especially, pasal hati dan perasaan, yela about LOVE. Haha. Aku paling susah nak cerita benda ni dekat parents aku, sebab aku pun tak tau sebenarnya erti Love yang sebenarnya. Haha. And aku pun belum ada cinta yang benar-benar melekat kat hati, atau dengan kata lain aku belum pernah rasa 'falling in love' kat siapa-siapa pun. Tapi ramai orang cakap kat aku sebenarnya aku yang jual mahal, and aku tak nak mencari Cinta tu. Macam mana ek nak cari benda tu? Bagi aku nak dapat kan sebenar-benar cinta adalah daripada Allah. Yang lain tu tak tau pulak aku macam mana nak cari. Tapi aku ada satu perinsip, bila jodoh kita dah sampai, Insyallah Allah akan buka juga pintu hati kita untuk terima sesiapa juga Jodoh kita, time tu dah tak de  dah kes jual mahal. Haha. (sambung balik cerita tadi, jauh menyasar ni. hihi) Mungkin orang nampak mulut aku banyak pot pet sana pot pet sini, tapi aku bukan jenis bercerita perihal aku, aku lebih suka pot pet pasal membebel. Haha. Dengan kata lain kebanyakkan benda yang buat aku bercakap adalah bila nak bagi nasihat kat orang lain, start lah mulut aku ni membebel tak berhenti-henti. Actually, bukan lah bagi nasihat yang macam Fadzilah Kamsah bagi tu, tapi membebel tak tentu arah. Haha. That's my hobby. Orang yang tak kenal aku mungkin akan naik menyampah dengan aku, tapi orang yang dah kenal aku diorang rela tadah telinga dia untuk dibebelkan. Haha. Sangat sweet kan diorang ni. Okay aku sambung balik part cerita cinta tu ek. Macam mana aku nak bercinta sedangkan aku takut untuk bercinta, tapi jangan pulak korang pikir yang aku ni lesbian ke apa ke. Aku masih waras lagi, aku masih kenal lagi yang mana perempuan yang mana lelaki. Urmmm, aku bukan nak cakap apa lah kan, keliling aku penuh dengan pasangan yang bercinta, kawan-kawan aku, adik beradik aku, kawan-kawan FB and semualah, yang buat aku takut keliling aku ni juga lah yang dah banyak clash, yang putus tunang lain, yang bercerai lain, kadang-kadang depan mata aku sendiri melihat rakan-rakan aku curang dengan pasangan mereka. So, bila aku rasa nak ber-couple je jadi terbantut, sebab kepala aku duk pikir bakal boyfriend aku ni pun boleh buat apa yang diorang-diorang tu buat. And tu la penyebab sampai sekarang still single, gara-gara banyak sangat negative thinking kat kepala otak aku ni. Haha. Setakat ni aku rasa aku belum perlukan lagi kekasih or whatever semua tu lagi, aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Mungkin satu hari nanti bila jodoh aku dah tiba, akan terbuka juga pintu hati ni. Insyallah.

*okay lah aku pun dah banyak sangat mengarut ni, dah nak masuk line melalut pulak ni, sebelum perkara yang tak diingini terjadi baik lah aku mengundurkan diri dari medan blogger ni.. Hehe. Peace yoo~
                                                                  Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, November 2, 2011

Hari Paling Beremosi !

Assalamualaikum, hari ini adalah hari paling beremosi bagi aku. Macam-macam jadi, dan macam-macam perkara yang sedang belegar-belegar di benak ku. First, setiap hari aku akan ingat pasal benda ni, risau aku, bila fikir pasal benda ni sampai migrane aku dibuatnya, yelah 4hb Nov ni result exam keluar, semua student UITM memang bedebar-debar menanti keputusan masing-masing. Haish, orang yang paling risau adalah aku, Ya Allah kadang-kadang sampai nak tidur tu boleh terpikir-pikir, tengok TV pon boleh terbayang-bayang pasal result. Haishhh,, kadang-kadang tu duduk sorang-sorang boleh terjerit sorang-sorang sebab tension punya pasal. urmm, entahlah, setiap kali tiba waktu result nak keluar je, perasaan takut tu memang tak payah nak cakap macam mana lah, nervous dia lain macam. Apa yang aku boleh buat sekarang ni redha je la. :( Lagi satu yang buat aku beremosi pasal adik beradik ayah aku. Haishh, kalau nak cerita pun nanti orang kata buka pekung kat dada sendiri pula, habis tu nak buat macam mana, dah lama aku pendam benda ni, selama ni bila family aku diam, diorang pijak-pijak kepala kitorang, bila kitorang luahkan perasaan dekat FB diorang dok kata aku ni menyindir diorang, tapi apa yang aku cakap tu kenyataan kan? Yang aku pelik, dah tau terasa tu, bukannya nak betul kan pe yang tak betul, tapi masih nak menegak diri masing-masing tu betul. Fikirlah, semua dah berumur tak kan lah bergaduh and merajuk dengan adik beradik nak terasa sampai terabai keperluan MAK BAPAK. Walau macam mana pun korang marah kat adik beradik korang pikirlah juga Mak Wan dengan Bak, diorang dah besar kan korang sampai tahap korang dah berjaya sampai sekarang, senang-senang pula korang nak singkir kan diorang macam tu, korang semua tau kan apa yang kita buat dekat mak bapak kita sekarang ni, satu hari nanti mungkin anak korang pula buat korang macam tu, korang nak ke?? Sudah-sudah lah. Fikirlah pasal orang tua, jangan nak pentingkan diri sendiri je. Kalau ditakdirkan satu hari nanti tak ada umur Mak Wan dengan Bak, jangan korang nak menyesal pe yang dah korang buat kat diorang sekarang, jangan nak menangis-menangis. Time tu korang nak keluarkan air mata darah pun dah tak berguna, fikirlah. Aku cakap bukan nak tunjuk yang konon nye aku ni baik sangat, just nak mengingatkan diri sendiri juga, aku tak ada niat nak sindir-sindir siapa-siapa pun, pun tak ada niat nak buka pekung, tapi aku dah tak tahan nak pendam semua ni, bila aku bersuara, korang akan cakap aku kurang ajar dengan makcik pakcik sendiri, tapi ni lah hakikatnya. Semua nak buat kepala sendiri, bayangkanlah kalau semua nak buat kepala sendiri? Apa jadi dekat Mak Wan dengan Bak? Allah.... Nak kira terasa dengan adik beradik lain, abah dengan ibu banyak makan hati dengan korang semua, cuma diorang tak cakap je, diorang diam je. Tapi, bila fikir pasal orang tua diorang sanggup ketepikan semua tu, bukan aku nak banggan kan ibu dengan abah, tapi aku tengok sendiri keperitan ibu abah dengan sindiran-sindiran korang, dengan kata-kata korang, dengan kutukan-kutukan korang, ada diorang balas??? sikit pun tak. Tapi, fikirlah bila kita berkorban untuk orang tua kita sendiri, tak ada ruginya, malah Insyallah semakin banyak kebaikan yang akan kita dapat, Insyallah SYURGA menanti mu di akhirat sana. Aku tak minta banyak, cuma bertanya khabar orang tua tu dah cukup sangat, bagi diorang rasa diorang dihargai, dengan penat lelah diorang selama ni membesarkan 10 orang anak yang semuanya berjaya. Diorang tak minta banyak pun, diorang cuma minta kasih sayang dari anak-anak pun sudah memadai. "Hargailah IBU BAPA anda selagi mereka masih bernyawa, dan jangan menyesalinya apabila mereka sudah tiada." - semoga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...