Wednesday, August 17, 2011

31 Ogos 2011 !!

31 Ogos?? ada apa dengan tarikh tu? pentingkah tarikh tu?? urm,, pada yang tak tau, atau yang saja buat buat tak tau tu, ni adalah tarikh keramat kepada negara Malaysia, iaitu dimana Malaysia mendapat kemerdekaan. Apa yang dimaksudkan dengan 'MERDEKA' ? Merdeka adalah bebas, bebas daripada penjajahan. Pada satu masa dahulu negara kita telah dijajah selama 446 tahun, iaitu dari tahun 1511 sehingga tahun 1957. Dimana pada zaman itu rakyat Malaysia menghadapi hidup yang sangat susah berada dibawah jajahan penjajah, makanan dicatu, pergerakan terbatas, menjadi kuli penjajah dan macam macam lagi kisah perit yang mereka hadapi. Sehingga pada satu masa mereka berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan kepada negara untuk memberi kesenangan kepada kita semua, iaitu pada 31 Ogos 1957 mereka bersorak dengan kebebasan yang mereka dapat. Semua adalah untuk kesenangan kita rakyat Malaysia sekarang. Tetapi, kita sebagai anak Malaysia jarang untuk menghargai perjuangan datuk nenek moyang kita, kita terlampau leka dengan kesenangan yang kita miliki sekarang, bebas untuk melakukan apa sahaja. Bayangkan jika sekarang kita masih belum mendapatkan kemerdekaan tentunya kita masih hidup dalam kemunduran, kesusahan, penuh dengan peperangan, tangisan dan macam macam lagi. Facebook? Twitter? Myspace? Friendster? tentunya tiada istilah itu semua kepada diri kita. Kita tentu sekarang sedang sibuk melarikan diri dari peperangan, bergaduh. Kita juga tak kan dapat tidur setenang sekarang, 24jam tidur pun masih belum tentu cukup, bayangkan jika kita semua masih dijajah, bukan kata 24jam, 24saat pun belum tentu dapat melelapkan mata. Terlalu takut untuk menghadapi nasib diri sendiri yang belum pasti. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perjuangan nenek moyang yang terdahulu. Hargai pengorbanan mereka ! Jangan terlampau selesa dengan kesenangan dan kemewahan yang kita perolehi sekarang. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 ! Semoga pemikiran rakyat Malaysia tidak lagi dijajah oleh bangsa bangsa asing !

Monday, August 15, 2011

Separuh perjalanan !!

Assalamualaikum, wah apakah yang separuh perjalanan itu? Separuh perjalanan belajarkah? Separuh perjalanan ke kampungkah? Oh, tidak-tidak. Separuh perjalanan yang dimaksudkan adalah semua umat islam di dunia ini sudah menjalani ibadah puasa selama 15 hari, iaitu bersamaan separuh bulan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan kepada diri ini untuk merasa separuh dari bulan Ramadhan. Bersyukur sangat. Bila dah kata hari ini 15 Ramadhan, maka dengan automatiknya seluruh radio di Malaysia ini memainkan lagu-lagu raya !! Wow, sangat excited lah nak raya !! Bila dengar lagu raya kat radio je, dia punya happy semacam. HAHA. Terus lah terbayang kat kepala ni nanti makan ketupat, makan lemang, makan rendang, kuih raya, duit raya !! Wah, sangat seronok tu. Lebih rasa seronok tu bila dapat beraya dekat kampung ! baru lah rasa feel raya tu lebih sikit ! Wah, bila lah nak balik kampung ni, dah penat sangat rasanya kat sini, Haishhh~ ok lah, izinkan tuan hamba mengundurkan diri ini, sudah bosan rasanya asyik online saje ! ok, daaaa.. Assalamualaikum.. :)

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H..

Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H kita semua umat islam di muka bumi ini mula untuk menjalani ibadah puasa iaitu rukun islam yg ke3. Kita semua diwajibkan untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan kecualilah kepada kaum Hawa yang mempunyai keistimewaan sdeikit, tapi kepada kaum Hawa janganlah mengambil kesempatan pula bila dapat 'bercuti', jangan sengaja lebih lebih kan cutinya ye. Dalam bulan puasa ini kita ambil kesempatan ini untuk bersahur untuk melatih kita bangun pagi-pagi dan besolat subuh. Kaum Adam juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok, agar dapat menjalani kehidupan yang sihat. Kita juga perlu mengambil kesempatan ini untuk membersihkan hati dan menambahkan amalan kita, dan sambil-sambil itu kita renungkan kembali kesilapan kita yang lalu dan perbaikinya. Insyaallah kita semua akan mendapat keberkatan dan manfaatnya dalam bulan penuh keberkatan dan kebaikan ini. Sesamalah kita menunaikan ibadah ini dengan hati yang tenang dan ikhlas agar dapat mengutip pahala yang berlipat kali ganda. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam dibumi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...