Wednesday, August 17, 2011

31 Ogos 2011 !!

31 Ogos?? ada apa dengan tarikh tu? pentingkah tarikh tu?? urm,, pada yang tak tau, atau yang saja buat buat tak tau tu, ni adalah tarikh keramat kepada negara Malaysia, iaitu dimana Malaysia mendapat kemerdekaan. Apa yang dimaksudkan dengan 'MERDEKA' ? Merdeka adalah bebas, bebas daripada penjajahan. Pada satu masa dahulu negara kita telah dijajah selama 446 tahun, iaitu dari tahun 1511 sehingga tahun 1957. Dimana pada zaman itu rakyat Malaysia menghadapi hidup yang sangat susah berada dibawah jajahan penjajah, makanan dicatu, pergerakan terbatas, menjadi kuli penjajah dan macam macam lagi kisah perit yang mereka hadapi. Sehingga pada satu masa mereka berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan kepada negara untuk memberi kesenangan kepada kita semua, iaitu pada 31 Ogos 1957 mereka bersorak dengan kebebasan yang mereka dapat. Semua adalah untuk kesenangan kita rakyat Malaysia sekarang. Tetapi, kita sebagai anak Malaysia jarang untuk menghargai perjuangan datuk nenek moyang kita, kita terlampau leka dengan kesenangan yang kita miliki sekarang, bebas untuk melakukan apa sahaja. Bayangkan jika sekarang kita masih belum mendapatkan kemerdekaan tentunya kita masih hidup dalam kemunduran, kesusahan, penuh dengan peperangan, tangisan dan macam macam lagi. Facebook? Twitter? Myspace? Friendster? tentunya tiada istilah itu semua kepada diri kita. Kita tentu sekarang sedang sibuk melarikan diri dari peperangan, bergaduh. Kita juga tak kan dapat tidur setenang sekarang, 24jam tidur pun masih belum tentu cukup, bayangkan jika kita semua masih dijajah, bukan kata 24jam, 24saat pun belum tentu dapat melelapkan mata. Terlalu takut untuk menghadapi nasib diri sendiri yang belum pasti. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perjuangan nenek moyang yang terdahulu. Hargai pengorbanan mereka ! Jangan terlampau selesa dengan kesenangan dan kemewahan yang kita perolehi sekarang. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 ! Semoga pemikiran rakyat Malaysia tidak lagi dijajah oleh bangsa bangsa asing !

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...