Monday, December 5, 2011

Bakal menjelma kehidupan 20 tahun ku..

Assalamualaikum.. Hari ni dah masuk hari kelima dalam bulan Disember kan ? Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun 2011. Ini bermakna lagi 27 hari lagi untuk kita tinggalkan tahun yang banyak meningglkan kenangan pahit dan manis bersama dengan yang tersayang. Actually, banyak lagi impian untuk tahun 2011 ni yang belum dicapai lagi, maka dengan itu impian-impian tu terpaksa di forward kan ke tahun depan. Wah, maknanya tahun depan banyak la benda nak dilakukan untuk mencapai matlamat hidup. Ceh, cakap macam apa je kan. Haha. Memandangkan 29 Disember ni umur aku genap 20 tahun, maka totally aku kena ubah cara hidup aku kepada lebih kedewasaan, stop untuk pikir nak main-main. Aku kena lakukan perkara untuk masa depan aku dan juga untuk bekalan di akhirat sana. Jom, kita tengok antara list impian aku untuk tahun hadapan :-
  • Perbanyakkan amalan untuk bekalan diAkhirat sana.
  • Menjadi anak yang solehah kepada ibu abah aku.
  • Menjadi lebih matang.
  • Buat orang keliling aku bahagia.
  • Membalas jasa ibu abah.
  • Kurangkan waktu ber-enjoy.
  • Membina semangat baru.
  • Kurangkan bercakap. 
Sebenarnya banyak lagi, tapi yang ni je yang boleh aku kongsikan. Hehe. Excited bila umur nak cecah 20 ni. Walaupun kawan-kawan aku dah nak masuk 21 pun, abang aku pun nak 21 dah, sedangkan aku baru nak 20. Haha. Sedih je. Tak pe yang penting aku muda lagi dari diorang, Haha. Berharap sangat tahun depan muncul sinar baru untuk aku terus hidup dengan senyuman. No more tears okay ! Amalina kena kuat dan akan terus kuat untuk orang disekeliling aku. Aku akan berusaha untuk terus senyum dan senyum dan membahagiakan my family, my friends dan untuk orang yang sayang aku. Tak kira lah siapa-siapa pun. Yeahhh ! 

*Even hati menangis, bibir ku akan sentiasa mengukir senyuman untuk anda. Love korang semua yang sentiasa support aku dari depan mahu pun dari belakang, jasa korang akan dikenang selamanya. Insyallah.

Saturday, December 3, 2011

Macam bagus je !

Assalamualaikum.. Agak lama jugalah rasanya tak menjengah dan tak menyentuh BLOG ni. Almaklumlah busy sangat. Actually, tak de lah busy sangat pun, tapi tak ada idea untuk diceritakan. Okay lah, hari ini aku nak ceritakan  pasal someone ni lah, aku tak berapa kenal sangatlah dengan dia ni and aku pun tak tau lah latar belakang dia, aku just kenal dia dari kawan kepada kawan aku. Ha, paham tak? Kalau tak paham tu buat-buat je lah paham ye. Hahaha. Aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Okay lah, macam mana ek nak cakap, aku just nak tegur je lah perangai dia ni, bukan perangai dia tak elok ke apa, tapi aku tak suka cara dia yang 'macam bagus' tu. Sebab yang aku cakap dia ni macam bagus sebab, dia try untuk tulis status FB dia dalam bahasa english, tak salah nak tulis status dalam bahasa inggeris, tapi apa yang dia tulis tu salah. Bukan aku nak cakap aku ni bagus sangat english aku, english aku pun teruk kot, and english aku pun tak boleh dibanggakan pun, tapi bila aku tak confirm dengan satu-satu ayat tu aku tak kan sebut or aku tak kan tulis dalam FB, sebab aku takut untuk digelakkan atau dibodohkan oleh orang lain. Bukan aku nak cakap bila kau tak pandai english kau ni BODOH, tak yang aku tak suka sikap kau tu BERLAGAK macam BAGUS. Apa salahnya kalau kau tak confirm dengan certain words tu kau tanya orang lain, sama ada ayat kau tu betul ke, tak pun malu sangat nak tanya orang lain kau pergi lah Google Translate kalau kau nak sangat berbahasa Inggeris kan? Aku suka cara kau sebab sekurang2 nya kau try tuk bercakap dalam bahasa inggeris even yang adooo~ Aku tak kisahlah kalau grammar kau tunggang langgang ke apa, sebab grammar aku pun teruk, tapi agak-agak lah kau boleh pulak kan tukar ayat tu jadi makna yang lain. Aku yang baca pun jadi confused. Tak boleh nak salah kan kau jugak la kan, yelah bahasa inggeris ni banyak perkataan yang sebutannya sama tapi ejaan nya lain kan, tapi tu lah kalau tak tau jangan dengan rasa bangga, riak dan takburnya mengeluarkan bahasa-bahasa inggeris versi kau. Pelik tau tak ayatnya. Aku rasa macam tengah baca artikel or status orang perancis kacukan tamil and afrika selatan. ha, macam tu lah ibaratnya. Tapi tu lah sebelum tulis sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri kaji dulu perkataan tu ye atau nak lebih selamat tak payah tulis status bahasa inggeris, confirm tak de silap. Tapi kalau tulis bahasa melayu pun salah jugak, emm, rasanya baik kau keluar dari Malaysia lah. tak layak rasanya kau nak duduk sini..

*Sorry lah kepada sesiapa yang terasa dengan coretan ku ini, coretan ku ini adalah semata-mata pesanan buat semua juga buat diri ku ini.
*Belajarlah dari kesilapan, bukan bangga dengan kesilapan dan usaha untuk berubah kepada kebaikan.
Assalamualaikum. Selamat Malam. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...