Monday, December 5, 2011

Bakal menjelma kehidupan 20 tahun ku..

Assalamualaikum.. Hari ni dah masuk hari kelima dalam bulan Disember kan ? Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun 2011. Ini bermakna lagi 27 hari lagi untuk kita tinggalkan tahun yang banyak meningglkan kenangan pahit dan manis bersama dengan yang tersayang. Actually, banyak lagi impian untuk tahun 2011 ni yang belum dicapai lagi, maka dengan itu impian-impian tu terpaksa di forward kan ke tahun depan. Wah, maknanya tahun depan banyak la benda nak dilakukan untuk mencapai matlamat hidup. Ceh, cakap macam apa je kan. Haha. Memandangkan 29 Disember ni umur aku genap 20 tahun, maka totally aku kena ubah cara hidup aku kepada lebih kedewasaan, stop untuk pikir nak main-main. Aku kena lakukan perkara untuk masa depan aku dan juga untuk bekalan di akhirat sana. Jom, kita tengok antara list impian aku untuk tahun hadapan :-
  • Perbanyakkan amalan untuk bekalan diAkhirat sana.
  • Menjadi anak yang solehah kepada ibu abah aku.
  • Menjadi lebih matang.
  • Buat orang keliling aku bahagia.
  • Membalas jasa ibu abah.
  • Kurangkan waktu ber-enjoy.
  • Membina semangat baru.
  • Kurangkan bercakap. 
Sebenarnya banyak lagi, tapi yang ni je yang boleh aku kongsikan. Hehe. Excited bila umur nak cecah 20 ni. Walaupun kawan-kawan aku dah nak masuk 21 pun, abang aku pun nak 21 dah, sedangkan aku baru nak 20. Haha. Sedih je. Tak pe yang penting aku muda lagi dari diorang, Haha. Berharap sangat tahun depan muncul sinar baru untuk aku terus hidup dengan senyuman. No more tears okay ! Amalina kena kuat dan akan terus kuat untuk orang disekeliling aku. Aku akan berusaha untuk terus senyum dan senyum dan membahagiakan my family, my friends dan untuk orang yang sayang aku. Tak kira lah siapa-siapa pun. Yeahhh ! 

*Even hati menangis, bibir ku akan sentiasa mengukir senyuman untuk anda. Love korang semua yang sentiasa support aku dari depan mahu pun dari belakang, jasa korang akan dikenang selamanya. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...