Tuesday, February 14, 2012

Hari Kekasih ?

Assalamualaikum Sahabat-sahabat blogger :) Seriously, dah berkurun lama aku tak update BLOG aku ni, dah boleh ternak TENUK, MONYET, ZIRAFAH dekat dalam ni. Actually, tak ada lah nak berkurun sangat pon, cuma 2 bulan lebih kot aku tak update. Bukan dah lupa kan terus benda alah ni, tapi kemalasan tahap kronik melanda aku ! Doctor kata penyakit ni tak ada ubatnya, so tu la sebabnya tak pernah nak sembuh penyakit tu :p

Hari ini 14 February 2012 kan? So, hari ni ramailah manusia-manusia yang menyambut Hari Velentino Rossi ni ! Hahaha. Eh2, bukan velentino rossi tapi VALENTINES DAY ! Tapi, aku tak minat nak sebut Valentino Rossi (VD) tu lah, terasa macam....... urmm, rasa semacamlah, rasa bersalah. HUHU. Kita semua tahu kan yang VD ni diharamkan bagi umat ISLAM di muka bumi ini untuk menyambutnya? Semua orang pun tahu. Sebab apa diharamkan? Sebab pada tarikh ini adalah tarikh memperingati paderi kristian yang telah mati kerana kononya telah mati kerana mempertahankan agama(kristian) mereka yang bernama Valentine. So, bagi aku tak ada sebab untuk kita sebagai umat ISLAM yang hidup kita berlandaskan Al-Quran, dan ajaran Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT yang telah mencipta kita, memberi nikmat kepada kita untuk kita meraikan/memperingati jasa Veletine ! Huh, kalau kau benar-benar berpegang pada ajaran Islam, kau tak rasa pelik ke bila menyambut VD ni? Seriously, pelik ! Ada orang-orang ni cakap "ala, suami isteri sambut Hari Kekasih tak apa lah, kitorang dah kawin, kita bukan nak memperingati apa ke apa ke" memanglah tak salah, tapi bagi aku, untuk pasangan SUAMI ISTERI bukankah SETIAP hari adalah hari kekasih? Tak perlulah nak ada tarikh-tarikh untuk meraikannya kan? Untuk pasangan-pasangan kekasih yang menyambut VD ni apa kata korang kahwin guna tarikh ni, dari korang nak menyambut benda yang bukan-bukan ni. Kalau setakat nak meraikan dengan beri Coklat ke bunga ke, tahanlah lagi. Ni kalau dah sampai nak memperjudikan Maruah ke apa ke, baik tak payah lah. Kerana VD ni lah banyak umat Islam yang pandai-pandai jadi BODOH ! dan kerana VD jugalah banyak yang mengalami keruntuhan akhlak ! Nauzubillah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang boleh memesongkan AKIDAH kami. Amin.

*Semoga Allah memberkati dah merahmati kita semua. Amin :)
Assalamualaikum w.b.t
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...