Wednesday, October 12, 2011

Ber-couple?

Assalamualaikum. Okay hari ni aku rasa macam nak bercerita sikit la pasal couple-couple ni. Tapi, apa yang akan aku tulis ni semua berdasarkan persepsi aku sendiri lah. Em, ramai orang cakap yang bila kita ber-couple ni, bermaksud kita memang nak kahwin dengan pasangan kita tu, maksudnya kita sudah ready lah nak berkahwin. Eh, yeke? Bagi aku tak, ber-couple tu bukan maksud kita ready untuk berkahwin, kalau kita dah bertunang barulah tu namanya kita ready nak berkahwin. Bagi aku ber-couple sebenarnya adalah time untuk kita berkenalan antara satu sama lain, untuk kenal hati budi masing-masing, untuk faham perangai masing-masing, bukan bermaksud bila kita dah couple dengan someone ni, kita dah ada tanggungjawab macam suami or isteri untuk pasangan korang tu. maksudnya korang mengongkong hidup diorng, apa yang diorang buat, kena lapor kan dekat korang satu persatu, kalah mak bapak diorang, kadang-kadang mak diorang pun tak kisah apa yang diorang nak buat, korang yang lebih-lebih, lepas tu korang siap pesan nak kawan dengan orang, ada jenis-jenis orang yang tertentu je yang diorang boleh kawan, wei, orang yang dah bersuami/beristeri pun tak de kongkong pasangan diorang macam tu lah, korang baru ber-couple tau, bukan bila dah couple, status korang macam suami isteri okay. Lain lah kalau korang dah bertunang, memang korang dah ready nak jadi suami isteri, kalau korang nak kongkong dia pun lantak korang lah, tapi tak bermaksud bila korang dah bertunang dengan dia, korang boleh sesuka hati je nak kongkong diorang, diorang pun masih lagi hak mak bapak diorang okay, korang tak de hak nak buat sesuka hati korang. Bila korang dah set kat kepala otak korang yang si dia tu HAK korang time korang ber-couple, tu yang payah bila satu saat nanti korang putus. Korang kena faham tak semestinya bila dia jadi couple kita diorang akan jadi suami/isteri kita. Tak semestinya diorang tu jodoh korang. Mungkin diorang bukan jodoh korang, korang kena set dalam otak korang tu yang ber-couple tak semestinya berkahwin satu hari nanti. Jika, korang dah set dalam kepala yang waktu ber-couple tu hanyalah waktu berkenalan sahaja, so bila korang putus, korang tak ada lah rasa sedih yang teramat sangat, korang boleh terima semua tu dengan hati yang terbuka dan redha. Kecualilah kalau jodoh korang panjang korang ber-couple sampailah ke jinjang pelamin. Kalau tak ? korang kena lah ready dengan apa sahaja yang akan menimpa, so jangan terlalu mengharap sangat terhadap pasangan korang tu. Setiap benda yang datang kat kita, satu hari nanti akan pegi juga. :)

Sunday, October 9, 2011

Aku Sangat Beruntung !!

Assalamualaikum. urmm, hari ni aku nak story sikit la pasal orang yang berada disekitar aku yang sayang sangat dekat aku. Aku rasa bersyukur sangat aku dilahirkan sebagai NURAMALINA. Sebab apa? Sebab dekat dunia ni ramai sangat yang sayang dekat aku. Aku ada abah(Hamran Mohammadiah) and ibu(Siti Hajar Amat). Diorang selalu take care pasal aku, apa aku buat, apa aku makan, semualah, Mereka jugalah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan yang paling penting sabar dan tahan dengan kerenah aku dari kecil sampailah sekarang ni. Aku pun ada adik beradik yang selalu buat aku rasa tak keseorangan, selalu jadi teman aku bergaduh, yang sentiasa sabar mendengar cerita-cerita sedih or happy dari aku, selalu melayan aku mengarut. Haha. Dioranglah Along(Mohamad Arif), uda(Nurhanis), dan adik(Mohamad Aidil), my honey bunny aku. hehe.Aku pun ada sahabat-sahabat yang sangat baik yang selalu take care aku, yang selalu menasihati aku, sentiasa berada dekat dengan aku disaat jatuh bangun aku, dan selalu ada untuk aku berkongsi masalah. My Sayangs Norafzan, Noor Aszah, Nur Hazirah, Nur Liz Susiyanti, Dayana, Zafira, Fadzillah, dan Nor Afika Azua. Aku gembira sangat diorang sentiasa menjadi rakan terbaik untuk aku. Aku pun ada dua orang 'abang', yang selalu amik berat pasal aku, sentiasa menjaga aku, selalu menjadi tempat aku bergantung, ada saat aku suka duka, dan selalu buat aku happy dan sentiasa tersenyum, mereka ialah Abang Kimi(Akmal Hakimi) dan Abang Faiz(Mohamad Faiz). Aku juga ada mak cik dan pak cik yang sangat sporting dan selalu menjaga perihal hidup aku, dan akan selalu memastikan hidup aku berjaya. Aku ada Mokcu, Cik Rafi, Cik Mala, Mak Teh, Ayah Teh, Mak Ti, dan lain-lain. Kalau nak tulis kat sini memang terlampau ramai, tapi mereka tau siapa mereka. Aku juga ada cousin yang sangat memahami aku, yang selalu berkongsi masalah sama-sama dan diorang selalu menjadi tempat aku ketawa, antaranya Ika, Faiz, Afiq, Kak Pia, Kak Na dan ramai lagilah, serious kalau nak tulis semua memang tak larat. Hehe. Ini lah diantara manusia-manusia yang sangat aku sayang, yang selalu berada disisi aku, selalu menasihati aku, diorang akan sentiasa berada dihati aku sampai akhir hayat aku, diorang tak pernah berkira untuk bagi aku kasih sayang mereka, walaupun mereka tak pernah sebut, tapi aku tau, diorang sentiasa sayang aku. Diorang ni lah buat hidup aku jadi lengkap dan hampir sempurna. Aku SAYANG sangat diorang semua !! Sayang korang ketat-ketat !! :)

Friday, October 7, 2011

Aku Redha.

Assalamualaikum. Kenapa ek 2 3 hari ni telinga aku macam berdesing, lepas tu macam pe ntah susah nak terangkan. Ibu cakap selalunya orang cakap kalau telinga kita tiba-tiba berdesing maksudnya daun yang ada tertulis nama kita yang dekat phon besar di atas sana bergegar. Dimana ada daun yang gugur terkena dekat daun  nama kita. Bila mana daun yang ada tertulis nama kita gugur maka kita sudah tiada lagi didunia ini. Jadi bila-bila masa sahaja daun yang tertulis nama kita akan gugur. Ya Allah, aku takut Ya Allah, aku belum bersedia untuk pergi mengadap Mu Ya Allah. Banyak lagi amalan aku yang aku perlu perbetulkan Ya Allah. Masih banyak dosa ku terhadap diriMu. Aku takut Ya Allah. Jika masa aku tidak lama lagi didunia ni Ya Allah, aku redha Ya Allah jika kau mahu mencabut nyawa ku. Abah, Ibu, Along, Uda dan Adik, anagah minta maaf kalau angah banyak buat salah dekat korang semua, angah tau angah bukan anak yang baik, tapi angah cuba jadi yang TERBAIK. Angah minta maaf juga kat semua family kalau selama ni angah ada sakit kan hati korang, angah ada buat korang terasa ke. Buat sahabat-sahabat aku minta maaf sekiranya aku selalu buat korang semua kecil hati, kadang-kadang aku trlebih bergurau dengan korang, aku minta maaf. Halalkan makan minum angah/aku sepanjang hidup ini. Aku takut untuk mati sekarang, tapi aku tak nak mati lambat, sebab aku takut semakin banyak dosa yang akan aku lakukan, tapi jika aku mati sekarang aku takut amalan aku tidak cukup untuk masuk syurgaMu. Allah ! Hidup mati ku, aku serahkan kepadaMu Ya Allah. Aku Redha.

Wednesday, October 5, 2011

Video Klip Hatimu Milikku - Nera AF9 Music Video.flv


Now, aku rasa lirik lagu ni sangat sesuai dengan diri aku. Cinta yang tidak berbalas. Ya, memang sangat sakit. Dan aku sangat benci dengan perasaan aku sekarang. Aku tak boleh buat apa, yang hanya boleh aku buat hanyalah terus dan terus merindui orang yang tak akan mungkin menjadi milik aku. Kenapa dalam ramai-ramai orang yang dalam dunia ini, kenapa dia?? kenapa dia yang aku terus-terusan merindu dan mencintai nya. Hati aku pedih dan perit. Tapi, percayalah selagi ada hayat aku, aku tak akan pernah meluahkan perasaan aku ini kepada sesiapa pun, walaupun kepada si dia. Aku akan terus menyimpan dan akan ku pendam duka ini sehingga akhir hayat aku. Dan aku tau satu hari nanti aku akan dapat melupakan kenangan-kenangan terindah aku bersama dia. Dan aku selalu mendoakan kebahagiaan dia dan orang yang dia cintai selamanya. Walaupun aku tak bahagia, melihat kau bahagia sudah cukup bagi aku untuk tumpang gembira. Biarlah angin sahaja menyampaikan rindu aku kepada si dia, semoga dia dapat merasakan kehadiran aku. Aku berserah padamu Ya Allah. Aku redha dengan segala ketentuan Mu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...