Wednesday, October 5, 2011

Video Klip Hatimu Milikku - Nera AF9 Music Video.flv


Now, aku rasa lirik lagu ni sangat sesuai dengan diri aku. Cinta yang tidak berbalas. Ya, memang sangat sakit. Dan aku sangat benci dengan perasaan aku sekarang. Aku tak boleh buat apa, yang hanya boleh aku buat hanyalah terus dan terus merindui orang yang tak akan mungkin menjadi milik aku. Kenapa dalam ramai-ramai orang yang dalam dunia ini, kenapa dia?? kenapa dia yang aku terus-terusan merindu dan mencintai nya. Hati aku pedih dan perit. Tapi, percayalah selagi ada hayat aku, aku tak akan pernah meluahkan perasaan aku ini kepada sesiapa pun, walaupun kepada si dia. Aku akan terus menyimpan dan akan ku pendam duka ini sehingga akhir hayat aku. Dan aku tau satu hari nanti aku akan dapat melupakan kenangan-kenangan terindah aku bersama dia. Dan aku selalu mendoakan kebahagiaan dia dan orang yang dia cintai selamanya. Walaupun aku tak bahagia, melihat kau bahagia sudah cukup bagi aku untuk tumpang gembira. Biarlah angin sahaja menyampaikan rindu aku kepada si dia, semoga dia dapat merasakan kehadiran aku. Aku berserah padamu Ya Allah. Aku redha dengan segala ketentuan Mu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...