Wednesday, October 12, 2011

Ber-couple?

Assalamualaikum. Okay hari ni aku rasa macam nak bercerita sikit la pasal couple-couple ni. Tapi, apa yang akan aku tulis ni semua berdasarkan persepsi aku sendiri lah. Em, ramai orang cakap yang bila kita ber-couple ni, bermaksud kita memang nak kahwin dengan pasangan kita tu, maksudnya kita sudah ready lah nak berkahwin. Eh, yeke? Bagi aku tak, ber-couple tu bukan maksud kita ready untuk berkahwin, kalau kita dah bertunang barulah tu namanya kita ready nak berkahwin. Bagi aku ber-couple sebenarnya adalah time untuk kita berkenalan antara satu sama lain, untuk kenal hati budi masing-masing, untuk faham perangai masing-masing, bukan bermaksud bila kita dah couple dengan someone ni, kita dah ada tanggungjawab macam suami or isteri untuk pasangan korang tu. maksudnya korang mengongkong hidup diorng, apa yang diorang buat, kena lapor kan dekat korang satu persatu, kalah mak bapak diorang, kadang-kadang mak diorang pun tak kisah apa yang diorang nak buat, korang yang lebih-lebih, lepas tu korang siap pesan nak kawan dengan orang, ada jenis-jenis orang yang tertentu je yang diorang boleh kawan, wei, orang yang dah bersuami/beristeri pun tak de kongkong pasangan diorang macam tu lah, korang baru ber-couple tau, bukan bila dah couple, status korang macam suami isteri okay. Lain lah kalau korang dah bertunang, memang korang dah ready nak jadi suami isteri, kalau korang nak kongkong dia pun lantak korang lah, tapi tak bermaksud bila korang dah bertunang dengan dia, korang boleh sesuka hati je nak kongkong diorang, diorang pun masih lagi hak mak bapak diorang okay, korang tak de hak nak buat sesuka hati korang. Bila korang dah set kat kepala otak korang yang si dia tu HAK korang time korang ber-couple, tu yang payah bila satu saat nanti korang putus. Korang kena faham tak semestinya bila dia jadi couple kita diorang akan jadi suami/isteri kita. Tak semestinya diorang tu jodoh korang. Mungkin diorang bukan jodoh korang, korang kena set dalam otak korang tu yang ber-couple tak semestinya berkahwin satu hari nanti. Jika, korang dah set dalam kepala yang waktu ber-couple tu hanyalah waktu berkenalan sahaja, so bila korang putus, korang tak ada lah rasa sedih yang teramat sangat, korang boleh terima semua tu dengan hati yang terbuka dan redha. Kecualilah kalau jodoh korang panjang korang ber-couple sampailah ke jinjang pelamin. Kalau tak ? korang kena lah ready dengan apa sahaja yang akan menimpa, so jangan terlalu mengharap sangat terhadap pasangan korang tu. Setiap benda yang datang kat kita, satu hari nanti akan pegi juga. :)

4 comments:

  1. lagi satu kalau ber 'couple' ni jangan terlalu sayang sgt pada pasangan masing-masing...kalau dah putus frust separuh mati la jawabnya....belom tentu2 pon pasangan kita tu jodoh kita...betol tak...

    ReplyDelete
  2. ha,, btol3.. tu yang jadinye frust menonggeng..

    ReplyDelete
  3. wahhhh, setuju ngan entry neyy kak amal :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...