Saturday, July 20, 2013

Jodoh..

Assalamualaikum. Hari ini sudah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Alhamdulillah. Sekejap sahaja masa berlalu dan tinggal berapa hari untuk kita menyambut kedatangan Syawal. Yeaahhh. Happy happy sikit nak raya. Apa-apa pun semoga puasa kita dibulan Ramadhan diberkati. Amin..

Okay, hari ini aku nak share satu artikel yang sangat menarik minat aku dan artikel itu bertajuk "Petanda jodoh kita". Sangat menarik. Penulis senaraikan 9 ciri-ciri seseorang itu jodoh kita. Let's check it out !



So, macam mana? Adakah si dia ada dalam ciri-ciri di atas? Kalau ada apa lagi ikat dia, rantai dia jangan bagi lari dan tak semestinya yang tak ada ciri-ciri di atas dia bukan jodoh kita, mungkin ciri-cirinya belum kelihatan lagi ataupun kita yang tak perasan. Tapi, kita kena ingat Jodoh itu datangnya dari Allah.

Kita tak perlu takut siapa jodoh kita kerana pasangan kita telah pun ditentukan oleh Allah, apa yang perlu dilakukan hanyalah mencari jodoh kita di atas landasan agama.

Sunday, July 14, 2013

Masih Aku Cinta...

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Saturday, July 13, 2013

Kenangan

Assalamualaikum. Waktu sekarang sudah berganjak ke jam 2.00 pagi. Mata aku masih tak boleh lelap. Macam-macam perkara yang bermain di ruang legar fikiran ku. Semuanya kenangan. Kenangan itu indah tapi bila dikenangankan semula ianya jadi sakit. Mata ni tak henti-henti menitiskan airmata apabila mengenangkan kembali kenangan. Setiap hari aku jadi takut untuk bangun daripada tidur, aku takut kenangan yang aku simpan akan hilang. Otak aku mudah lupa dah susah untuk mengingati kembali apabila ianya sudah hilang. Setiap malam aku akan cuba sedaya upaya mengingati kenangan, aku tak nak ada satu pun daripada kenangan aku hilang kerana semuannya indah dan saban malam jugalah hati ini menangis mengingatinya. Jenuh aku pesan kepada diri sendiri untuk jadi kuat, namun semua itu seperti mencurahkan air kedaun keladi. Aku akan tetap menangis dan menangis. Semakin kuat aku mengingatinya semakin kuat tangisan hati ku. Kadang-kadang aku terpikir apa yang susah sangat nak lupakan? Selama ini aku boleh lakukan tak akan kali ini aku tak boleh. Ya, untuk melupakan orang yang pernah aku sayangi itu mudah, tapi untuk melupakan kenangan bersama dia itu yang sangat susah. Kenangan yang dicipta terlalu banyak, semuanya indah. Dia selalu pesan ingat kenangan kita, tapi dalam masa yang sama suruh aku cuba untuk lupakan dia. Macam mana aku nak buat sedangkan dengan mengingati kenangan bersama dia pun sudah cukup buat aku rindu dia, macam mana aku nak lupaka dia kalau macam tu? Macam mana aku nak jadi kuat untuk lalui semua ini dan macam mana aku nak lupakan semua kenangan bersama? Apa yang boleh aku lakukan hanyalah setiap malam mengadu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui setiap hati dan perasaan hambaNya. Kini aku berserah dan redha dengan ketentuanNya. :'(

Monday, July 1, 2013

Kehilangan...

Assalamualaikum. Lama dah rasanya aku tak masuk kedalam dunia ini. Setahun aku tinggalkan. Tetiba rasa rindu pulak nak menulis. Dalam setahun ni macam-macam perkara jadi dekat aku. Semua datang dan pergi. Kerja, sahabat, cinta, perasaan dan macam-macam lagi. Berwarna-warni kisah hidup aku, gelak tawa, kedukaan, kesakitan, kebahagiaan semua menjadi satu. Aku rasa tahun ini adalah tahun paling sedih bagi aku, setelah aku menjalani tahun yang gembira pada tahun lepas. Aku tahu Allah sedang menguji aku, dia tak akan uji aku sebegini kalau dia tahu aku tak mampu, Dia tahu aku mampu, jadi aku wajib hadapi semua ni dengan ketabahan dan kesabaran. Kehilangan itu sangat pahit bagi aku, bukan sekali kehilangan yang aku rasakan tahun ini, tetapi berkali-kali. Hilang kerja, hilang sahabat dan juga cinta. Paling aku sedih adalah pekerjaan, aku sangat gembira bekerja disana, tapi apa kan daya aku tak ada rezeki disana, aku akur. Sahabat yang aku sayang yang aku percaya semua hilang. Mereka tempat aku bermanja tempat aku meluahkan perasaan tempat aku berkongsi kasih semasa aku berjauhan daripada keluarga hilang sekelip mata. Ya, aku memang silap, tetapi seorang sahabat tak akan terus menghukumkan. Aku redha. Cinta adalah satu perkara yang sangat rumit, alangkah bagusnya jika tiada luahan perasaan dilakukan, mungkin aku akan terus berada disisi dia walaupun hanya sebagai kawan. Pelbagai halangan dan rintangan dihadapi dan akhirnya kami akur akan kehendak semua. Aku dah tewas. Aku akan hadapi semuanya sendiri, walaupun pahit, walaupun sakit aku harus gagah untuk mencari kebahagiaan yang hakiki. InsyaAllah, Allah sentiasa disisi aku, mendengar luahan aku, membantu aku. Aku percaya janji Allah. Aku akan terus kuat berdiri di bumi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...