Monday, July 1, 2013

Kehilangan...

Assalamualaikum. Lama dah rasanya aku tak masuk kedalam dunia ini. Setahun aku tinggalkan. Tetiba rasa rindu pulak nak menulis. Dalam setahun ni macam-macam perkara jadi dekat aku. Semua datang dan pergi. Kerja, sahabat, cinta, perasaan dan macam-macam lagi. Berwarna-warni kisah hidup aku, gelak tawa, kedukaan, kesakitan, kebahagiaan semua menjadi satu. Aku rasa tahun ini adalah tahun paling sedih bagi aku, setelah aku menjalani tahun yang gembira pada tahun lepas. Aku tahu Allah sedang menguji aku, dia tak akan uji aku sebegini kalau dia tahu aku tak mampu, Dia tahu aku mampu, jadi aku wajib hadapi semua ni dengan ketabahan dan kesabaran. Kehilangan itu sangat pahit bagi aku, bukan sekali kehilangan yang aku rasakan tahun ini, tetapi berkali-kali. Hilang kerja, hilang sahabat dan juga cinta. Paling aku sedih adalah pekerjaan, aku sangat gembira bekerja disana, tapi apa kan daya aku tak ada rezeki disana, aku akur. Sahabat yang aku sayang yang aku percaya semua hilang. Mereka tempat aku bermanja tempat aku meluahkan perasaan tempat aku berkongsi kasih semasa aku berjauhan daripada keluarga hilang sekelip mata. Ya, aku memang silap, tetapi seorang sahabat tak akan terus menghukumkan. Aku redha. Cinta adalah satu perkara yang sangat rumit, alangkah bagusnya jika tiada luahan perasaan dilakukan, mungkin aku akan terus berada disisi dia walaupun hanya sebagai kawan. Pelbagai halangan dan rintangan dihadapi dan akhirnya kami akur akan kehendak semua. Aku dah tewas. Aku akan hadapi semuanya sendiri, walaupun pahit, walaupun sakit aku harus gagah untuk mencari kebahagiaan yang hakiki. InsyaAllah, Allah sentiasa disisi aku, mendengar luahan aku, membantu aku. Aku percaya janji Allah. Aku akan terus kuat berdiri di bumi ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...