Tuesday, September 6, 2011

Assalamualaikum,, SELAMAT HARI RAYA guys. Rasanya belum terlambat lagikan untuk wish selamat hari raya, lagi pun raya sebulankan. Busy sangat masa 3 hari sebelum raya sampai hari raya ke-5. Yelah beraya dikampungkan, so banyak benda yang nak dilakukan, kampung saya still macam kampung orang orang lain, buat dodol, anyam ketupat, rebus ketupat, buat kuih raya semua bendalah kami buat sendiri, yes penat memang penat, tapi seronok sangat buat kerja ramai ramai, tolong menolong, serius sangat seronok. Saya nak kongsi kan sikitlah pengalaman saya membuat kerja ketika di kampung dan bergembira bersama saudara.

28Ogos2011 (Ahad) :
My first day kat kampung. Wow, memang excited gilalah kan, actually masa ni ingatkan tak ada kerja tuk dibuat, yelah kan 2 hari lagi kan nak raya, kira ada masa lagi lah nak masak2 semua tu. Tup tup nenek suruh kitorang buat DODOL. Yes this my first time making dodol ok. HAHA, seronok memang seronok, tapi tu masa 1 jam yang pertamalah, bila masuk jam kedua, dodol nya makin susah untuk di kacau, baru 2 3 minit dah rasa dah tulang tulang ni berjalan, lenguh semua ada la. Pastu time tu tak ramai lagi anak cucu nenek saya yang dah balik. so, tak ramai yang mengacau dodol tu. Separuh kerja didapur, untuk menganyam ketupat dan buat kuih raya, disebabkan saya tak pandai menganyam ketupat dan buat kuih saya pergilah buat dodol, tapi penat mengacau memang lain macam lah, sampai bawak ke malam sakit tulang tulang nya. Dalam pukul 3 petang dodol nya siap di kacau. Siap buat dodol barulah semua orang dapat berehat, yang muda muda seperti aku mengambil jalan untuk duduk di rumah sahaja, my mom, my dad dan makcik saya keluar pergi ke pekan Tanjung Malim, cari barang katanya. Disebabkan dalam rumah tu tinggal saya dan sepupu saya yang lain, dan saya paling tua dalam kalangan anak dara, so saya pun dengan rela hati membantu nenek saya membuat kerepek pisang. Best, semua tu pengalaman pertama saya tau.. HEHE. Bila malam macam biasa jalan rumah nenek saya penuh dihiasi dengan pelita. Meriah sangat.

29Ogos2011 (Isnin) :
Hari paling busy sekali kerana esok raya, semua orang dibagikan tugas, merebus ketupat, menyembelih ayam, memotong ayam, semua orang tak sempat rehat, terlampau banyak sangat benda perlu diselesaikan, petang tu rendang, sambal kacang ayam masak kicap semua sudah selesai di masak dan ada aktiviti membakar satay pula, kami berbuka dengan satay dan lauk lauk yang dimasak tadi. Bila tiba malam rumah nenek saya sudah dipenuhi dengan saudara mara kami yang baru sampai dari Pahang. Kami mebakar mercun, memang seronok sangat. tapi, waktu orang membakar mercun, aku sibuk mengiron baju, tak dapat tengok pun dengar bunyi je, sampai kan saya kena marah dengan my cousin sebab sebok sangat nak iron baju, tak tngok dia main mercun. HAHA. malam tu, saya, adik, abang saya dan my cousin lepak kat depna rumah sampai pukul 3 pagi. Sampai mata langsung tak boleh nak angkat dah. Best2

30Ogos2011 (Selasa) :
Yeahh,, Raya.. Akhirnya raya juga. Pagi raya semua berebut toilet, takut terlewat pergi sembahyang raya kan. Bila semua sudah balik dari masjid, start sesi bermaafan, agak sedih juga lah untuk kami sebab ini sudah tahun ke 3 beraya tanpa atuk kesayangan. Tapi, hidup perlu diteruskan. Sesi bergambar lah waktu paling seronok, meriah gile. Haha. Semua tak nak lepaskan peluang tuk bergambar. Seronok. Abes bergambar, yang tua tua semua pergi beraya kat rumah jiran2, tapi kami 6 org bersaudara duduk depan tv. Abes cerita kitorang tidur kat depan tv, sampai petang, orang datang beraya pun kitorang tak sedar. Memang best gile. Pastu pukul 5 kitorang dipaksa bangun tuk beraya dekat umah pakcik2 area situ. Malam tu sedara mara dari kajang dan tanjung karang datang beraya. abes diorng beraya adik dan my cousin ajak pergi KFC di Tanjung Malim. Lepas tu, ada my cousin marah kat saya sebab tak ajak die pegi KFC, bukannya sengaja, tapi semua ni plan diorang, saya just follow je.. Lepas balik semua tebongkang tidur. HAHA

31Ogos2011 (Rabu) :
Hari kemerdekaan bersamaan dengan hari raya ke2. memang jalanraya sangat jem. pukul 9 kitorang sudah gerak tuk beraya di Tanjung Karang dan di Meru, Klang. Dalam area pukul 12 kami tiba di Klang, beraya rumah saudara mara arwah atuk saya yang saya sendiri tak berapa kenal, dapatlah 4 rumah disitu. Sampai sempat dirisik masa kat situ, tak leh blah btol. HAHA. kami tiba di Tnjung Karang dalam pukul 6, semua gara gara kami tersangkut dalam jem selama 2 jam. teruk sangat kesesakannya. kami dapat beraya 3 buah rumah sahaja disana. Bila sampai di rumah baru lah terasa sunyi sebab 3 keluarga da balik ke rumah, yang tinggal kami 3 keluarga sahaja di rumah nenek. sedeyh sangat bila semua sudah pulang. Rasa macam sekejap sahaja kami berjumpa. Hari keesokannya pula saya dan family pulang ke Batu Pahat, Johor.

ok lah, layan beberapa gambar dibawah ini. Diambil sewaktu berhari raya hari itu. :)




                                                                       my cousin (faiz)
                                                                       my aunt (sarah)
my cousin (kimi)
                                                                        my brother (arif)
my cousin (farid)
                                                                       my mom (siti hajar)



                   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...