Wednesday, November 16, 2011

Versi Merepek ! :)

Assalamualaikum sahabat sekalian. Lama sekali rasanya sudah tak meng-update Blog ni. Hehe. Kadang-kadang rindu nak menulis tapi kemalasannya lebih besar dari kerajinannya. So, banyak kali terbantut untuk meng-update blog ni. Aku rasa dalam beberapa minggu ni hidup aku suram sangat, semua benda nak hilang dan lari dari aku. Macam-macam perkara yang mengganggu fikiran aku ni, kalah PM yang selalu duk fikir masalah negara tu. Haha. How ek? Aku nak cerita kat sini pun, aku rasa benda ni mengenai personal life aku, so aku memang tak boleh nak kongsi dengan orang lain. Actually, benda ni bukannya nak rahsia sangat pe pun and benda ni pun bukannya satu kesalahan ke apa pun, just bagi aku ada benda yang aku boleh cerita kat orang dan ada benda  yang aku rasa aku perlu simpan, kecuali orang terdekat aku je aku akan cerita kat diorang. Ya, mungkin kalau aku cerita kat korang pasal benda ni pun, mungkin korang akan gelak kan aku je, yela benda yang biasa dilalui setiap insan kat atas bumi, tapi aku nak berahsia sangat kan. Haha. Peduli apa aku, even blog ni macam Diary, tapi bagi aku, blog ni boleh dibaca oleh sesiapa pun, even orang yang kat kutub selatan, kutub utara tu pun boleh baca, kalau diorang tau Bahasa Melayu lah kan. Haha. And itu pun kalau diorang terjumpa blog aku ni lah kan. Mungkin bagi korang, korang tak kisah berkongsi masalah, berkongsi rahsia dengan orang lain, kalau boleh cerita dalam kain pun korang nak cerita, tapi bagi aku tak, even dengan family aku pun banyak benda aku tak cerita kat diorang, just certain cerita yang bagi aku boleh dikongsi, aku akan kongsi dengan mereka, tapi selagi aku boleh pendam masalah aku, aku akan pendam. Especially, pasal hati dan perasaan, yela about LOVE. Haha. Aku paling susah nak cerita benda ni dekat parents aku, sebab aku pun tak tau sebenarnya erti Love yang sebenarnya. Haha. And aku pun belum ada cinta yang benar-benar melekat kat hati, atau dengan kata lain aku belum pernah rasa 'falling in love' kat siapa-siapa pun. Tapi ramai orang cakap kat aku sebenarnya aku yang jual mahal, and aku tak nak mencari Cinta tu. Macam mana ek nak cari benda tu? Bagi aku nak dapat kan sebenar-benar cinta adalah daripada Allah. Yang lain tu tak tau pulak aku macam mana nak cari. Tapi aku ada satu perinsip, bila jodoh kita dah sampai, Insyallah Allah akan buka juga pintu hati kita untuk terima sesiapa juga Jodoh kita, time tu dah tak de  dah kes jual mahal. Haha. (sambung balik cerita tadi, jauh menyasar ni. hihi) Mungkin orang nampak mulut aku banyak pot pet sana pot pet sini, tapi aku bukan jenis bercerita perihal aku, aku lebih suka pot pet pasal membebel. Haha. Dengan kata lain kebanyakkan benda yang buat aku bercakap adalah bila nak bagi nasihat kat orang lain, start lah mulut aku ni membebel tak berhenti-henti. Actually, bukan lah bagi nasihat yang macam Fadzilah Kamsah bagi tu, tapi membebel tak tentu arah. Haha. That's my hobby. Orang yang tak kenal aku mungkin akan naik menyampah dengan aku, tapi orang yang dah kenal aku diorang rela tadah telinga dia untuk dibebelkan. Haha. Sangat sweet kan diorang ni. Okay aku sambung balik part cerita cinta tu ek. Macam mana aku nak bercinta sedangkan aku takut untuk bercinta, tapi jangan pulak korang pikir yang aku ni lesbian ke apa ke. Aku masih waras lagi, aku masih kenal lagi yang mana perempuan yang mana lelaki. Urmmm, aku bukan nak cakap apa lah kan, keliling aku penuh dengan pasangan yang bercinta, kawan-kawan aku, adik beradik aku, kawan-kawan FB and semualah, yang buat aku takut keliling aku ni juga lah yang dah banyak clash, yang putus tunang lain, yang bercerai lain, kadang-kadang depan mata aku sendiri melihat rakan-rakan aku curang dengan pasangan mereka. So, bila aku rasa nak ber-couple je jadi terbantut, sebab kepala aku duk pikir bakal boyfriend aku ni pun boleh buat apa yang diorang-diorang tu buat. And tu la penyebab sampai sekarang still single, gara-gara banyak sangat negative thinking kat kepala otak aku ni. Haha. Setakat ni aku rasa aku belum perlukan lagi kekasih or whatever semua tu lagi, aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Mungkin satu hari nanti bila jodoh aku dah tiba, akan terbuka juga pintu hati ni. Insyallah.

*okay lah aku pun dah banyak sangat mengarut ni, dah nak masuk line melalut pulak ni, sebelum perkara yang tak diingini terjadi baik lah aku mengundurkan diri dari medan blogger ni.. Hehe. Peace yoo~
                                                                  Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...