Wednesday, February 9, 2011

asthma / lelah



Apakah tanda lelah?
Secara klasiknya lelah menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak.
Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik lelah. Ini menyukarkan diagnosis lelah dibuat dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.
Tanda-tanda yang penting bagi ibu bapa untuk mengenal pasti kemungkinan anak mereka mengalami asma atau lelah ialah:

1. Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau awal pagi.

2. Batuk berterusan yang bermula daripada batuk selesema biasa. Biasanya batuk selesema akan hilang
dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi kanak-kanak ini akan terus batuk untuk jangka masa yang lebih lama.
3. Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.
4. Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin. Selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan seperti oren.
5. Semput.
Jika ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ini lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru.
Disebabkan lelah selalu dicetuskan selepas deman selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap lelah. Seperti apa yang sering ditakuti kebanyakan ibu bapa, ada kala lelah menyebabkan anak mereka kerap mendapat jangkitan kuman dan dimasukkan di hospital.
Ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan simptom lelah antaranya ialah habuk atau hama habuk (house dust mites), asap rokok, buah-buahan citrus dan sebagainya. Walaupun perkara yang menyebabkan lelah itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.



Apakah rawatan untuk lelah?

Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan lelah. Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap lelah hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah lelah. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap lelah ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.
Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap lelah.
1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah
2. Ubat-ubatan yang mengurangkan simptom lelah ketika kanak-kanak mengalami lelah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...