Sunday, October 20, 2013

Siapa aku pada korang ek??

Assalamualaikum. Dari minggu lepas dah rasa nak update blog ni tapi asyik malas je nak on laptop nak menaip bagai. Now, gagahkan diri juga untuk menaip sebab hati ini rasa sedih sangat. Bila dalam keadaan demam ni hati jadi terlalu sensitif rasa nak menangis je. Aku tak tau aku patut gembira atau sedih dengan berita ini. Berita ini bila orang dengar seharusnya gembira tapi lain pula bagi aku sebab cara aku mendapatkan berita ini sangatlah tak best, sebab dari orang lain bukan tuan badan sendiri itu pun selepas aku stalk kawan kepada kawan aku punya FB. Sangat sedih ! Okay ceritanya macam ni aku ada seorang kawan lelaki bernama F (bukan nama sebenar), nak kata tak rapat tapi kitorang memang sangat rapat, sedih aku gembira aku semua dia tahu, dan dia pun selalu share cerita kat aku awek yang ni cam ni awek yang tu cam ni. Boleh dikirakan semua cerita di-sharekan tanpa batasan. Lepak pun selalu sama sama waktu aku kerja kat PJ dulu. Waktu rehat ke waktu tak rehat ke waktu balik kerja ke kitorang akan lepak together dengan sorang lagi kawan kitorang S (bukan nama sebenar). Kiranya asal kemana mana mesti kitorang bertiga tak boleh berenggang dah. Lepas aku berhenti kerja bulan Mei yang lalu aku pun meninggalkan 2 orang jejaka kesayangan aku ni dan kitorang tak pernah jumpa lagi sampai sekarang kitorang just contact melalui wechat je itu pun sebab si F ni ada simpan no phone aku. Dekat sana aku tak pernah contact si F ni pun sebab kitorang selalu ada sama sama sampai tak sedar aku tak pernah save pun phone number si F, kalau nak lepak malam pun si S yang contact si F. And aku tak sangka pun dia ada nombor aku bila tanya si S rupanya si F amik nombor aku kat pintu office. Tak kisahlah tu, yang paling aku kisah sekarang ni si F dah bertunang! Dan apa yang buat aku kesal sangat aku tak tau langsung pasal benda ni dan dia tak pernah cuba pun untuk bagi tahu aku pasal pertunangan dia. Dan dan dan yang paling paling paling aku lagi lagi lagi kesal sebab si S pun tak bagi tahu aku ! Siapa aku pada korang sebenarnya ek? Korang cakap kat semua orang aku ni sahabat kau lah pe lah tapi...??? Bukan baru kali ni tau aku kena. Before this pun sorang kawan aku bertunang si F dan si S pakat tak bagi tau aku langsung. Sebulan lepas tu baru aku dapat tau tapi dari FB kawan tunang dia. End up nya aku juga sekali kena dengan budak budak office sebab kononnya aku rahsiakan pertunangan kawan kitorang. Adil ke untuk aku? Apa aku pada korang ye sebenarnya? Si F dah bertunang berapa lama pun aku tak tau, yang aku tau dia dah bertunang. Aku seperti biasalah akan mendiamkan diri sampai ada yang berhati mulia untuk beritahu aku. Aku tak akan tanya dan bangkitkan langsung pasal hal ni korang jangan risau. Korang nak rahsia kan sampai dah beranak pinak pun aku redha je. Aku tau aku siapa dan aku tau aku tak pernah layak pun berada dalam kelompok kalian. Mungkin korang rasa aku ni nanti jadi punca pasal pertunangan kau tersebar kat orang, it's okay. Padahal korang tak pernah tau berapa banyak rahsia orang berkata pasal korang semua yang dah aku simpan sampai aku sekali selalu jadi mangsa dipersalahkan orang lain akibat perbuatan korang. Tapi korang jangan risau apa pun korang buat kat aku apa pun korang rahsiakan dari aku, aku tetap anggap korang sahabat aku yang tak mungkin akan aku lupakan sepanjang hidup aku. Insyallah. Korang tetap akan jadi sahabat aku dunia akhirat. :) SAYANG korang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...