"Kadang-kadang Allah datang kan hujan, kita bertanya kemanakah hilangnya matahari, rupa-rupa nya Allah datang kan pelangi untuk kita."
Sesuatu yang berlaku dalam hidup kita semuanya ada hikmah disebaliknya yang kita tak nampak dan tak sedar, kita sebagai hambaNya haruslah redha dan bersyukur dengan apa yang berlaku ke atas musibah yang menimpa. Kita perlulah bersyukur kerana Allah tidak akan menguji hambaNya yang lemah dan Allah menguji hambaNya yang kuat dan mampu untuk menghadapinya dan janganlah mengeluh jika Allah menguji kita, kerana sesungguhnya Allah akan menguji orang yang Dia sayangi.
Mungkin Allah akan datang kan sesuatu kejayaan atau kebaikan, dan dalam pada masa yang sama Allah akan uji kita dengan sesuatu musibah, untuk kita sentiasa mengingati Dia walau dalam apa jua kejayaan dan untuk menguji kekutan iman kita terhadap Dia.
Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambaNya yang selalu diuji dengan bermacam-macam dugaan.
Kita sebagai hambaNya hanya perlu berdoa dan memohon kepadaNya sambil berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau dugaan yang dihadapi.
Sejauh mana kita lari, sejauh itu lah masalah akan mengejar kita,
selagi kita tak kembali ke jalan Nya, dan memohon petunjuk dari Nya untuk menyelesaikan masalah,
kerana sesuatu masalah atau ujian itu datangnya daripada Yang Maha Esa,
dan kepadaNya juga lah kita memohon untuk mempermudahkan dan menyelesaikan sesuatu masalah itu.
